Asalamualaikum selamat tengahari sahabat semua dan admin , sahabat saya nak tanya SALAH ke seorang isteri yang teringin sangat2 nak pakai emas tapi tak mampu , dia berkerja gaji sehari RM30 dapat simpan RM10 sehari , selebih nya buat belanja dapur dan anak . Simpanan nya tu untuk membeli emas walau halus pom dia tetap teringin nak memiliki . selama perkahwinan nye dia tak penah merasai , cuma mempunyai sebentuk cincin belah rotan je masa disarungkan dijari nye hari pernikahan usia perkahwinan nye dah nak masuk 3tahun dia pendam hasrat untuk memiliki emas nak minta pada suami dia tak mampu kerana dia banyak komitmen nak bayar dengan gaji dia .
SI isteri itu adalah saya . Azam saya untuk tahun 2019 nih semoga saya dapat melaram pakai emas masa hari raya kecik pom tak kisah janji ada kerana saya sangat mengidamkan . tengok kawan2 pakai godang2 saya takde langsung . Selalu mereka cerita suami mereka belikan emas tiap bulan untuk mereka saya hanya mampu senyum dan takkan sesekali beritahu suami yang saya inginkan kerana saya tau dia tak mampu dan saya taknak dia susah hati bila tau isteri nya sangat teringin sedangkan dia tak mampu nak ada kan nya . Saya taknak bebankan perasaan dan pikiran dia saya sayang dia. dia suami yang baik . Dengan itu saya ambik kata putus untuk bekerja di kedai makan simpan duit dan inshaallah sebelum raya saya akan beli emas. doakan saya ye kawan2 . Semoga azam 2019 saya nih tercapai.




