Assalamualaikum. harap admin hide profile saya. Tq min. selepas melahirkan anak ke4 saya dah nekad untuk ikat peranakan. Dalam hujung bulan nie saya akan jalani pembedahan tue. dikeliling saya ada yang sokong dan tak sokong keputusan tu. saya nekad untuk ikat sebab diri saya sendiri dan nak fokus untuk 4 orang anak yang saya ada. amanah Allah yang perlu saya jaga. suami setuju dan tak pertikai keputusan saya. walaupon hakikatnya dia masih 50-50 dengan keputusan saya. saya nekad sebab beban y saya pikul sendirian. suami ada. Tapi bnyak hal anak dan rumah saya urus sendiri. Hal2 emosi dan sakit pening masa mengandung banyak saya tanggung sendiri buat saya betul2 nekad.. bersuamikan tipikal lelaki melayu.
Kerja rumah kena mintak antuan bru boleh tolong buat. mintak sedikit perhatian dan masa dari hobi dia pon susah. dia kerja dan saya kerja..tapi hal rumah 90% atas bahu saya. penat. kadang stress dengan anak2. dia? lelaki kalau stress memang senang cara dia lepaskan klua rumah dan lepak dengan kawan2. bini kt rumah? stress ke tak ke. anak2 tetap depan mata. tetap hadap tetap telan. Kadang saya sampai menangis sebab anak tumpahkan air je menangis macam tak ade harapan hanya sebab punca kecil tapi dia tak tau sebab selalu sangat dirumah orang lain dari rumah sndiri. Anak2 yang besar pon kadang2 jadi mangsa bebel. sian gak kat anak2. stress dengan bende lain diorang yang teruk. sama2 stress.
Banyak kali kami gadoh sebab punca kecil yang dibesarkan sebab tak cukup perhatian dan kasih sayang. saya cakap apa yang saya perlu. Tapi sayang dia tak paham. masa bercinta jangan cakap laa merajuk skit kompom pujuk yang pelik bila dah jadi isteri mintak perhatian sikit pon dikata menyusahkan dah bosan dengan rajuk bini lebih baik layan kawan2 dan game kat hp halah kalau dok dirumah pon hp sentiasa kat tangan. anak2 bising sikit kena jerkah. ermm. kadang sian anak2. bising2 tu mintak perhatian. saya meluah pepanjang nie nak bagitau y saya dah bukak buku baru. tak nak dah harap bende2 yang susah nak dapat dari suami sendiri.
Lepas pembedahan nanti saya bukan lagi isteri yang lemah dan mahukan perhatian dari suami. cukup laa Allah dah bagi semua nya pada saya. tubuh badan yang sihat untuk menjaga anak2 amanah Allah nie. soal hati perasaan saya dah tutup. takde lagi air mata untuk mahluk Allah. cukup bnyak saya menangis untuk dia. cukup orang pertikai kenapa mesti ambik keputusan untuk mandulkan diri. tak pela orang lua tak paham. Jodoh tak pannjang dengan suami sekarang laa.. nanti nak kawin lain laa. nekad saya. saya tak pikir dah nak kawin lain kalau apa2 jadi sebab hidup saya untuk anak2. keputusan nampk remeh tapi besar kesannya pada hidup saya. saya dah mintak pentunjuk dan saya harap nie pergorbanan yang perlu saya buat untuk masa depan anak2 saya. Isu hati apa laa sgt. tak kemana pon isu hati ni nak dipersoal sebab takde jawapan sentiasa tergantung ianya menakt kan tapi doakan saya untuk hadapi dengan tenang.
Jangan cakap berpisah itu mudah sebab anak2 saya masih perlukan ayah. Saya impikan dan membayangkan 5 tahun akan datang jika masih bernyawa saya nak keluar dating dengan 4 anak2 saya. nak bercucuk tanam. nak bercuti ke tempat yang kami tak dapat pergi. nak deko rumah cantik2 sebab sekarang deko laa macam mane pon selagi ad anak kecik memang tak kemana dekonya..
nak ada hobi yang sama2 suka buat. nak capai cita2 y anak2 impikan. nak bahagiakan anak2 dengan apa yang saya mampu. Demi mereka insayaaallah. doakan saya..




