Assalam harap dapat hidekan fb aku.. Aku nak minta maaf kalau coretan aku ni ada yang sakit hati kerana bila diingatkan kembali aku juga sakit sendiri memikirkan apa yang telah aku pernah buat pada isteri.. Tidak bermaksud untuk membuka pekung di dada hanya sekdar berkongsi kalau2 ada pengajaran yang dapat diambil dari kisah aku..
Waktu berkahwin dengan isteri aku dapat dia dengan tanpa perlu hantaran cuma senaskah alquran dan kenduri hanya di hadir 50 orang.. Isteri seorang anak yatim piatu yang dijaga oleh ibu saudara nya.. Khidupan isteri yang aku tahu sebelum kahwin memqng sedih kerana dia selalu di dera oleh mak sedara dan sepupu2nya.. Shingga dia dapat kerja dan tinggal sendri.. Tentang adik beradik isteri dia hanya ada kakak seorang itu pun terpisah..
Bila mula berkahwin dengan isteri aku senang dengan dia kerana dia sangat baik hati jarang mendengar dia merungut atau meminta apa2.. Cuma pkwinan kami tidak direstu keluarga.. Sampai bila pun tidak akan bahagia”ini adalah ayat dari ibu aku sendiri. isteri aku kerja walaupun kerja dia masih menguruskan sgala hal rumah tgga dengan baik skli.. Suatu hari isteri aku demam aku balik ke rumah nampk dia berselimut tebal. isteri pernah pengsan di rumah jadi aku suruh ibu aku menemani dia di rumah kerana rumah kami tdak jauh..
Aku sangka semua nya baik2 saja rupanya aku tidak tahu yang isteri aku hari2 dikata dengan perkataan kesat sehinggalah dia dikata anak h@ram oleh mertuanya yang merupakan ibu aku sendiri.. Dari mana aku tahu? Setelah aku bpisah dengan isteri baru lah istri mluahkan segala galanya.. Tapi sudah terlambat. Ibu aku selalu mencucuk aku supaya mncari calon yang lebih baik dan kalau semua nak tahu ibu aku main b0m0h shingga waktu mghrib sahaja istri akan sakit belakang dan berasa sangt panas di belakang shingga berpeluh2 bila nk tidur susah..
Sehingga bawa berubat banyak tempat tapi tidak ada yang dapat sembuhkan isteri.. Makin lama aku makin fdup.. Aku kerap mc shingga aku kecewa istri tidak sembuh2 aku kata pada dia sengaja hendak aku mc supaya aku boleh duduk dengan dia selalu.. Aku lupa istri aku sampai terpksa berhnti kerja atas skit yang menimpanya.. Ibu aku? Pura2 datang rumah dan tengok2 kan istrri.. Tapi istri tak pernah beritahu aku apa yang ibu aku buat pada dia… Ibu aku tak beri dia minum saat dia mintak tolong ibu ku.. Dan macam2 lagi..
Aku pulak semakin hari perasaan sayang menjadi benci memang aku tidak tahu kenapa aku begini… Terus terang aku cakap kan aku benci istri aku waktu tu.. Aku tengok muka dia sangat hodoh dan menjijikkan.. Tidak dapat aku gambarkan macam mna.. Tetapi itualah hakikatnya.. Sehinggalah aku melafazkan cerai saat dia sakit teruk. Bila ingat kan kmbali sangat kejam diri ku.. Sampai dia meningg@l dunia aku baru teresak2 di pusaranya.. Tapi dah tiada berguna…
Aku menangis teresak2 dan saat aku tahu ibuku yang punya angkara aku ptuskan untuk memutus hubungan dngn ibu.. Aku tak maafkan dia selama lamanya kerana menganiaya isteri aku.. Aku tidak faham kenapa dia terlampau benci istri aku.. Sampai sekarang aku berjauh dari ibu aku dan sekerang ibu aku sakit… Aku tidak balik ke kampung melihat dia. Entah aku masih tda dapat lupakan istri.. Aku skit hati dengan apa yang berlaku. Aku myesal kerana aku tdak ikut berubat sekali dulu.. Cubalah kalian khilangan istri yang di sayang baru kalian tahu apa erti hdup…




