Salam admin dan warga KRT. Mcm biasa hide profil. saya dah kawin 10 tahun. Masih belum mempunyai anak. Nak kata m@ndul doktor kata dua2 ok. Bila berubat cara tradisional ada kata kena sihir, ada kata tumpang dan mcm2 la. Isteri saya tak digemari oleh bapa saya. Macam2 perkara bapa saya buat yang menyakiti hati saya dan isteri. Dia pernah cakap, kalau saya sabar sikit saya boleh kawin dengan anak manager dan isteri dengar masa tu baru 1 minggu kawin Bayangkanla perasaan isteri saya. Bila saya sambung belajar banyak guna duit, saya tak guna Ptptn. Jadi saya nak pinjam duit dia sbb dia pernah cakap nak bantu saya bila saya sambung belajar tapi dia marah sapa suruh kawin kalau nak belajar.
(saya kerja dah masa ni) Tak apala saya makan hati, Sayala satu2nya anak yang tak pernah pinjam duit dia lepas kawin. Lepas tu pernah marah saya rumah dia tak siap sebab saya kawin, Selamanya saya tolong dia buat rumah, lepas kawin saya sambung blajar, jadi tak ada masa nak tolong dia. Tapi dia tetap hentam saya seolah-olah saya kawin menyusahkan dia. Apa yang saya bengang masa suruh meminang seronok aje terima menantu. Lepas kawin jadi macam ni. Saya dan isteri saya berlainan negeri kononnya banyak sihir kalau isteri saya berlainan negeri, Pakcik2 sebelah bapa saya selalu kata dan hasut konon banyak sihir kat negeri tu.
Bapa saya ni b0m0h, pernah berubat sekali, orang tu kata saya dan isteri kena ke sengkak tu yang susah dapat anak. So sapa lagi buat, saya dah bleh agak. Pernah isteri mengandung awal perkahwinan 3 bulan guggur. Jannin hancur macam dimakan jin. Dari cerita ni mungkin orang kata r@him lemah tapi doktor ok. Ada yang mengharapkan perkahwinan saya ni berakhir dengan perceraian dan saya tahu itu tapi saya tetap kuat. Ada juga ustaz kata saya dipenuhi sihir dan saya bleh agak sihir sapa. Tapi saya biarkan aje. Memang nampak disini saya mcm mengarut tu tulah hakikat yang tidak boleh didokumentasikan.
Saya jarang balik ke kampung sebab nak elak bertekak dengan org tua. Ada aje salah kami, kadang2 saya tertinggi suara tanpa sengaja. Orang tua saya hanya sayangkan anak pompuan saje. Anak lelaki semua salah sebab wanita yang kami kahwini bukan pilihannya. Pernah sekali buat percutian keluarga saya tidak diajak sekali. Bila saya tanya ibu, dia menjawab ko bukan nak pegi pun padahal dia tak pernah ajak. Pedih hati saya ni hanya Allah tahu. Yang pelik bila susah nak duit ke apa ke baru tahu cari saya, bayangkanla. Tapi bila balik saya tetap bermanis muka. Nak saje saya mengamuk tapi malu pula dengan isteri saya. Saya tak pernah marah orang tua saya walaupun saya diperlakukan begini. saya tahu tak layak. Saya hanya berkecil hati saja.




