salam makcik dan pakcik bawang yang budiman. seronok ya membawang. hahahahah ada yang cakap aku twist plot la. weh!! kalau aku twist plot sebab malu sekali pun korang macam la kenal aku. hahhaah.. apa ke bengap la yang kata aku ni saje nak cakap keluarga aku je yang baik. macam la kalau orang puji keluarga aku ni baik, aku dapat hadiah dari korang. dah nama pun confession. aku confess je la yang realiti. Yang m@ki aku semua tu aku dah ambik gambar dari fb sorang-sorang, aku nak santau korang sebab mengata aku. haaaaa tau takut.. hahahaha..
Oklah part 3 ni aku malas nak cerita panjang nanti korang kata aku twist plot la apa la cuma nak cakap diorang dah keluar dari rumah mak aku, diorang menyewa rumah lain tak jauh dari rumah mak aku, bukan mak aku halau. dia rasa tak boleh tahan la tu. Lepas keluar dari rumah mak aku tu diorang tak datang datang jenguk mak aku, sampai la satu hari mak aku demam. Datang la diorang ke rumah mak aku, si adik ipar aku ni datang macam biasa buat muka selamba dia. Macam tak pernah buat salah apa apa. Untuk makluman korang, mak aku dan adik beradik aku tak sampai hati nak halau macam yang korang cakap tu.
Seorang ibu takkan tergamak nak halau anak dia tambah tambah ada cucu semua. korang suka hati je bagi idea b0d0h. cakap senang la sebab bukan kena kat batang hidung korang. kali ni tak payah bagi pendapat sebab aku bukan nak pendapat korang. aku just nak cerita je ok. Ending nya belum ada la.. kau ingat ni drama tv3 ke?? sekarang mereka bahagia la kot dengan kehidupan baru mereka. Mana la aku tahu sebab aku bukannya makcik bawang sangat. yang aku tahu masa diorang tinggal dengan mak aku je. masa diorang takde kat rumah mak aku, takde masa aku nak menyibuk hal diorang.
pesanan: siapa yang tak nak aku sambung part 3 tu korang jangan la baca pulak eh, aku tulis ni untuk yang nak baca je. korang tak nak baca pergi main jauh2.. syuh syuhhh.




