assalamualaikum admin. hide profil saya ya. maaf ya bg pendapat. cerita dari saya ni tentang suami yang suka sangat main game pugb.. bukan dari game itu sahaja tapi dari sebelum sebelum ni lagi. suami saya kelihatan seperti pentingkan game dari anak bini sendiri. sangup marah dan abaikan anak bini, memang setiap hari bole di katakan 24 jam dia pegang telefon, dari pegi keje smpai lah balik keje baik naik tdo ke nk mkn ke memang dia jenis pengang telefon smpaikan saya sebegai istri dia buat tak nampk .. bila saya suruh jaga anak kejap dia mesti akan merempan sedangkan saya tengah masak dia langsung tidak membantu kerja yang saya buat. saya masak kemas rumah smbil menjaga anak smbil mendukung anak saya tu baru setahun sebulan , kadang dia marah anak tu sebab telefon dan baru baru ini dia tuka paswod hp , saya tk dapat nak bukak telefon dia.
Hmm dlm otak saya hanya fikir positif sahaja walaupun sebenarnya hati saya banyak kali terluka.. fahamkan macam mna kerja seorang suri rumah macam mana. kalau bole suami balik keje rumah nak kelihatan kemas dan bersih sebab suami saya jenis tak suka yang bersepah. tapi itu lah balik sahaja kerja bukan saya yang di jenguk baring duduk telefon tu yang terlebih dahulu. sebelum seblum ni saya pernah berkata pada suami saya ” macam mna kalau kite berpisah ? awak ok tak ” jawapan dia simple sahaja ” terpulang pada awak lah , saya ikutkan saja itu yang awak nak ” riak wajah saya hanya tersenyum. saya diam sahaja sehinga kini .. saya terdiam.
Dah beberapa bulan itu perangainya sama sahaja tidak berubah. pernah suatu malam tu saya berkata sudah lah tu dengan telefon itu saja jum lah borak dengan saya sesekali masa itu dia tengah main pugb dia cuma pndg saya dan letak jari di mulut buat isyarat diam ya allah masa itu saya masih bersabar lagi .. dia hanya pentingkan game pugb itu sahaja bila anak tengah sakit demam perlukan perhatian ibu dan ayah tapi ayah marahnya anak itu saya ibu saya terasa sangat dan pada masa beberahari saya tak tahan saya terdengar dia ckp smbil main pugb ckp nada yang sangat lembut bila ckp dengan saya tidak senada lembut itu sudah lama saya perhati dan saya tidak tahan pada mlm itu jugak saya marah dia gaduh besar lah sebab game tu saya terlepas cakap dengan pksaan ceraikan saya.
Dia update story di whatsap nasib aku tak terucap dan dia kata menyesal kahwini saya dan berkata lambt laun mana pun dia tak akan bertahan ya allah sakit sangat hati saya. saya cuma tegur sahaja sudah lah dengan game tu , saya tak kesah nak main game ke apa saya tak halang hobi awak tapi berpada pada lah. anak tu nk perhatian awak tapi awak sebok hadap telefon 24 jam smpai tiada masa untuk istri dan anak dan dia berkata dia akan berjumpa family saya untuk pulangkan saya ke sisi family saya kembali .. itu yang dia kata pada saya .. tak apa lah , saya redha saya juga rela daripada saya hidup dlm tanggisan baik ini jln terbaik saya.
Pernah dia kawan perempuan dia cht kt ig , saya baca dm kawan dia malah dia marah saya sebab baca dm dia dan masa blik keje dia dengan kwn dia berwasap saya check ws dia , perbualan dia dengan kwn dia sudah pun di padam oleh dia , bila saya tanya kenape delete jawapan dia saja padam , hm tak ap saya diamkan saja lagi.. sebab dia sendiri juga tk sayagkan saya dan anak tidak perlukan saya dan sekarang ini kami dlm pencerian dan saya sudah ke family saya semula cuma uruskan penceraian sahaja .. harap sangat saya tidak tersilap buat keputusan .. terima kasih kerana sudi membaca dan kongsikan cerita saya .. sekadar luah yang tersimpan.




