Salam min. Tolong siarkan. Aku guna fb kawan aku je. Aku bernikah dengan isteri aku tahun 2017. ketika itu dia berumur 19 dan aku 35. Aku amat sayang dia min. Manjanya. Senyuman dia. Hari2 bagi aku bahagia. Tapi awal perkahwinan aku sudah naik tangan dekat wajah dia. Bila aku selalu pentingkan mak aku. Aku tinggal dia. Dia mula memberontak. Dia kata dia minta masa untuk bersama aku. Tapi aku marah dia. Tenking dia. Sebab aku cuma nak luangkan waktu bersama mak aku saja. Setiap kali aku balik rumah mak aku. Aku akan buat hp aku silent. Dia mesej telefon aku. Aku tak balas. Kekadang ada hari. Aku tak balik. Terus tidur rumah mak aku. Mak aku selalu suruh aku pulang ke rumah dia. Boleh dikatakan hari2 bergaduh min. Sampailah one day. Bini aku disahkan hamil. Aku seronok sangat. Dia pun seronok. bahkan pesan dekat aku. Tolong hargai dan beri kasih sayang untuk dia demi kebaikkan anak dalam kandungan. Mula2 aku cuba beri kemahuan dia iaitu menghargai dan kasih sayang. Tapi makin lama hati aku tawar. Aku abai dia. Biar dia buat semua kerja sendiri even dia mengandung. Sampailah satu hari Dia menangis teruk sangat Dia peluk kaki aku Dia kata abang jangan tinggal ayang Ayang nak masa dengan abang Ayang nak abang. Tapi aku endah dia punya pujukan. Tetap melakukan perihal yang sama. Yakni aku mula berani menyepak muka dia walaupun dia tengah mengandung dan aku Menyesal min Menyesal sangat Hari2 aku buat dia menangis sorang2 di rumah. Padahal dia minta aku bagi dia masa untuk dja dan anak aku sendiri min.
Aku tak mampu. Aku lebihkan orang lain.hari2 isteri aku mengisi harinya dengan buang air mata. Until one day she admit ward sebab pitam. Dan doktor mengesahkan isteri aku ada tekanan yang tinggi. keadaan isteri aku lemah. Dan jantung anak aku juga lemah. Sebab isteri aku seharian menangis. Tak jamah apa pun walaupun sedikit. Aku pergi hospital. Tup2 doktor panggil aku. Mereka terpaksa tahan dia di ward psy sebab dia ada simptom untuk bunuh diri dia. Aku buat bodoh saja. Walaupun keadaan isteri aku macan tu. Aku melawat dia macam biasa. Hari dia keluar ward. Dia duduk rumah mentua. Mil aku tegas orangnya. Sebab tu isteri aku tak berani nak menangis depan mil. Sebab dia tahu mil aku mesti akan salahkan aku. So isteri aku menangis sesorang dalam bilik tapi mil aku tak tahu. Bila dia habis menangis dia akan tertidur dan keluar bilik seolah tiada apa yang berlaku. Aku masih dengan sikap aku. Mengabaikan isteri aku yang tengah mengandung. Sebulan juga isteri aku duduk rumah mil. Aku tak jenguk dia. Sampai lah dia kata nak tinggal aku. Hampir 4 bulan dia tak text or call aku. Aku gelabah. Aku. Mesej dia. Call dia minta maaf. Aku. Pergi rumah mil aku. Pujuk dia. Akhirnya mil aku tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga aku. Mil minta aku lepaskan dia. Tapi aku berjanji kejadian yang sama takka berulang. So they bagi saya peluang. Tapi janji tu hanya sekadar janji.
Aku masih dengan sikap aku lepas dapat isteri aku. Aku abaikan dia lagi. Malah kali ni aku hina dia. Aku labelkan dia isteri yang menyusah. Anak tu aku hina macam2. Dia dah tawar hati sangat. Aku masih tambah luka di hati isteri aku. Aku. Lebihkan keluarga aku sampai abaikan dia. Bila aku berada di rumah mak. Aku dapat mesej isyeri aku minta izin untuk balik rumah mil. Aku abaikan messj dia. Aku tak balas even aku Baca. Bila balik. Rumah. Rumah gelap. Tak ada orang. Sampailah aku. Buka hp aku dapat mesej dari wife aku macam ni. tak sangka disebabkan sikap aku sekarang Dia berubah menjadi perempuan yang tak hormat aku dah Aku buntu. Apa yang perlu aku lakukan?