Keluarga mertuaku. Assalamualaikum..
Warga KRT. Disini saya hanya ingin meluah dan mendengar pandangan anda semua. Ini adalah perkahwinan aku yang ke-2. Bekas suami yang dulu, aku memang tak merasa ada mertua kerana mereka jauh dan ibu mertuaku dah men!nggal. Aku harapkan mertua yang baru aku dapat seperti yang rakan2 aku ceritakan, tapi malangnya lebih zalim dari tu. Dari aku mula berkawan hingga la aku dah berkahwen dengan suami sekarang macam2 keluarga mertua kata Pada aku. Aku sedar aku janda anak 2 yang tiada apa2 untuk berkongsi kesenangan dengan anak mereka. Mula suami perkenalkn aku pada keluarga dia, aku dikatakan kaki kikis, sosi@l, tak tudung (itu dulu, sekarang aku bertudung sepenuhnya) Aku berfikiran positif Lagi..
Masuk tahun pertama keluarga suamiku tak restu hubungan kami, sampai paksa suami buat pilihan antara janda tu atau abah.. sedihnya aku min.. di katanya aku buat ubat guna2 pada suami. Aku diam Lagi. Aku ikutkan kehendak keluarga dia.. tapi min kalau dah jodoh, macam mana berpisah pun tetap jodoh.. aku berpisah dengan dia buat sementara waktu . Tapi kami berbaik balik. Suami aku berkeras nak kawen dengan aku. Keluarga dia terpaksa trima. Tahun ke dua keluarga dia datang nak jumpa keluarga aku. Aku ingatkan nak merisik, rupanya datang selidik aku, no IC aku keluarga dia check. Ya Allah min.. masa tu aku rasa macam aku ni jahat sangat, tak sesuai dengan anak dia. Aku diam Lagi.. Aku redha, Aku tebalkan muka aku, melutut Lagi kat mereka sebab aku dn anak2 sayangkan suami walaupun sebagai bapa tiri, dia layan anak aku macam anak kandung dia.. dia besarkan anak aku yang dari 2 tahun smpai sekarang, macam anak dia.. takpnah dia pertikai kn apa2 pun.
Masuk tahun ke 3, kami kahwin. Itu pon akad nikah di pejabat agama sja.. aku tak mintak apa2 pon dari suamiku. Cukup mas kahwin yang ditetapkan pejabat agama.. baju kawen pon aku tak beli. Yang pnting halal bagi aku. Dari pihak keluarga aku tak pernah menghalang keputusan aku untuk berkahwen bagi keluarga aku, cukup aku mendapat suami yang bertanggungjawab pada aku dan anak2. Tapi keluarga suami masih belum trima. Aku sabar Lagi.. walaupun di hina diherdik, aku redha. Aku sedar diri aku ni bukan menantu pilihan yang macam kluarga suami nak.
Kejadian yang tak akan aku maafkan berlaku pada hari raya aku ada bergaduh dengan suami masa tu suami bagi tahu keluarga dia aku ingat sebagai ibu bapa nak jernihkan suasana rupanya makin keruh Lagi.. aku dipanggil duduk depan keluarga suami, bertalu talu aku di marah, dihina dsn diherdik, setakat belajar kulinari mana ada standard kerja bank, keja Kedai mamak je boldh. Ye aku sedar aku belajar biasa2 tak seperti menantu yang di idam. Tapi di sebab kan pgalaman aku mdapat kerja sebagai accountant.
Bila aku myuarakan kesalahan suami aku plak yang dimaki. Aku Kena sedar, suami salah atau tak, aku tetap yang salah. Sebab suami anak diaorang, aku cuma menantu. Sampai satu tahap aku dibagi masa 10 minit pikir nak cerai atau tak. Masa tu aku dh hilang hormat, dah hilang segala rasa pada keluarga mertua dan suami. Aku bawak anak2 dan terus keluar dari rumah tu, aku bagi tau keluarga yang aku nak balik kmpung. Abang aku marah selpas tahu perbuatan kluarga suami dan nasihat suami suruh kami blik ke rumah sendiri dan berbincang. Sampai di rumah kami aku dan suami berbincang tak kan ada Lagi masalah macam ni. Aku berstuju. Tapi tak smpai 2,3 bulan adek suami sound cakap yang bukan2, kebetulan aku yang baca dan balas. Aku lepaskan semuanya beban yang aku tanggng selama ni.. terus diam sampai la sekrang alhamdulillah aku dn suami bahagia buat masa sekarang.
Msok ni dah 7 bulan kluarga suami tak penah btegur , sebab aku pon dah tawar hati. Tapi masalah nya.. aku faham suami rindukan keluarga dia tapi hati aku belum redha dengan perbuatan dia orang Bila suami nak blik kmpung aku mesti akan mengamuk, sebab aku faham dengan krluarga dia yang suka menghasut suami suruh kami brcerai. Aku nak tnya warga krt adakah salah aku klau aku takbg suami blik jmpa kluarga dia. Terima kasih pada yang sudi membaca dn mberi pndangan.




