Salam. Dugaan itu Allah turunkan pada insan yang terpilih. Itulah ayat yang aku selalu dendangkan pada diri ini. Isteri aku disahkan ada kanser ovari tahap dua. Baru disahkan beberapa minggu ni. Aku tak pernah mengeluh aku sentiasa cuba bagi semangat pada isteri.. tapi kenapa orang luar yang sibuk masuk campur? Termasuk ibu aku sendiri. Ye ibu tak pernah terima isteri aku sebagai menantu. Aku jatuh kan ego aku sebagai anak, aku cuba menangi hati ibu tapi hati ibu keras.
Tak pernah terima isteri.
Isteri aku sekarang tengah menjalani kimoterapi. Baru lepas 2 cycle. Waktu hari raya, kami ada balik rumah ibu, tentu-tentu isteri tak boleh buat kerja rumah sebab baru habis kimo, benda dijadikan isu, dengan tubuh isteri yang makin kurus, rambut gugur, mata cenkung. Tapi, bagi aku, isteri aku masih secantik bidadari. Kenapa orang tak pernah ambil tahu pasal kami tiba-tiba masuk campur? Mak sedara aku sibuk nak kenalkan anak nya pada aku untuk dijadikan isteri kalau apa-apa terjadi pada isteri. Allah… kenapa kejam sangat.
Isteri aku selama ni sangat menjaga tutur kata tiba-tiba naik angin pada ibu sehari sebelum kami balik rumah keluarga isteri. Isteri aku tinggi suara, kata sebab ibulah dia tak dapat menjadi seorang emak lagi sebab ibu tolak isteri sampai keguguran. Masa ni isteri dapat tahu ibu dan kakak aku cuba kenalkan aku dengan perempuan lain. Sungguh semua terkedu, termasuk aku, dapat aku rasakan, aku ini jantan dayus yang tak mampu baikkan antara isteri, ibu dan kakak. Lepas kejadian tu, ayah minta aku cepat-cepat keluar dari rumah, bukan niat menghalau tapi tak mahu pergaduhan makin besar. Aku dah cuba macam-macam, bawa ibu masa isteri buat kimo dengan harapan hati ibu akan lembut tapi…..
Aku mahu habiskan masa tua dengan bidadariku Biarlah orang nak kata apa dan sekrang aku makin menjauh dengan keluarga aku sendiri, aku dah tukar no. phone, tiada media social yang aktif, aku menyerah.. aku cuba ambil nasihat yang mana bagi aku positif tapi tetap tak ubah apa-apa. Malahan isteri dikatakan cuba bomohkan aku. Biarlah masa yang tentukan, aku alhamdulillah sudah dapat kerja baru, kerja yang mana keluarga aku tak tahu kat mana, aku cuma mahu kesihatan bidadari aku baik, untuk bidadari aku, jangan menyerah pada kesakitan, saya tetap ada dengan awak. Kita sama-sama lawan penyakit ni dan tentu saja awaklah bidadari yang tercantik dalam hidup saya. Semoga kanser isteri akan cepat sembuh. Aamiin.




