Assalam warga krt. Tolong hide fake fb ni ye. Aku nak kongsi cerita berkaitan nikah kat siam.. Aku ade sorang ipaq yang kawen kat siam. Dia jd bini no 2, kategori vavi nyondol jugak lah. Cerita dia macam ni, dah kawen dekat 6 tahun tapi laki dia taknak daftar nikah kat malaysia. So korang rase?? Padan muke kan.. Dia nikah tak ade anak sebab risau la tak daftar nikah sini kan. Madu ipaq aku ade 4 orang anak. Sekarang laki dia pjj dengan madu dan ipaq aku.. Sekarang ipar aku plan nak cerai dengan suami dia, dia fikir boleh bawak ke mahkamah sini.. Ape kebang gang tak tau.
Jenis nak ambil mudah nak cerai pon nak nyusahkan orang. masa nak nikah bukan nak fikir abis2 tau2 hantar gambar dah nikah sana sekarang mak pak dia tak tau dia plan nak cerai dia mai cari aku ni hah. Bertahun aku malas nak ambik port pasal dia, last2 dia cari aku plak bukan cari adik beradik dia. Dah la jenis senang lupa diri, time susah aku juga dia dk itu ini nak minta tolong. Sebab ak serik, aku jauhkan diri…
Kepada yang kawen kat siam tu ko fikir masak2, kalau jadi pape ko tak boleh tuntut ape2 kat laki ko klau ko bercerai atau dia matti. Sebab dalam undang2 kat malaysia ko tak ade rekod nikah dengan dia. So cepat2 la pergi daftar kat sini untuk mengelak menyesal kemudian hari.
Kalau tak, korang nak cerai kena pergi kat tempat korang kawen tu untuk proseskan pceraian. Bukan sekali pergi terus dapat cerai tau. Ade 2 atau 3 kali kena pi sana. Kena byar pulak tu dalam anggaran 1k la juga termasuk kos perjalanan bagai untuk dapat surat cerai..
So kepada adik2 yang fikir nikah kat siam tu mudah, sila batalkan niat tu. Menyusahkan kemudian hari tau tak. Kalau lelaki yang mampu, yang baik, boleh je poligami macam krajaan tetapkan. Aku ambil keputusan malss nak masuk cmpur biar adik bradik dia je lah tegur dengan kerenah dia tu. Nak buat ape, tak pikir panjang. Mil aku bab anak orang sedap duk mengata, anak sendiri ambil laki orang tu tak sedar pulak!! Kata anaknye ade rupe, takut anak dicop anak dare tua yang tu izin je. Lepastu duk buruk2 kan madu ipaq aku tu, aku malas nak layan sebab kite tak tau ape yang jadi sebenarnye kan. Tu je nak tulis.. Tq admin siarkan cerita aku ni.




