Assalammualaikum Admin. Saya tumpang fb kwn sebab fb saya tak bole buka sbb lupa password. Harap luahan ni boleh beri pangajaran kepada semua kepada yang bergelar suami. Dan saya harap sangat suami pun sama juga bila dah baca confesion ini harap dia tahulah kenapa saya nak mintak fasakh dan banyak berubah dah tak lembut macam sebelum kawen. Semuanya kerana engkau bukan orang lain. Saya bkawen dengan suami atas dasar suka sama suka. Saya suka dia sebab cara dia take care saya. Dan dalam ramai2 lelaki yang saya kenal dia paling banyak hubungi saya untuk berbual. Dia selalu dtg cari saya. Dan selalu menggembirakan saya bila jumpa. Saya rasa dialah sempurna dan apa yang dia buat laki lain tak buat. So saya decide dialah my man (kononnya). tapi lepas kawen barulah tahu perangai sebenar. Betul kata orang tua. lelaki ni hanya akan kita kenal bila lepas kawen. Walaupun kau dah kenal dia 10 tahun takkan sama dengan seminggu lepas kawen.
Okay cerita lepas kawen dia berubah 100%. Cakap kasar. Dan pantang ditegur. Padahal dah jelas2 salah dia tu. Pastu kalau berlaku sesuatu yang kita dah pesan jgn buat dia seboleh2 menegak benang basah. Dah tu bila kita selisih pendapat ditengkingnya kita mcm kita ni hamba. Ya Allah rasa mcm ner@ka dibuatnya. Kalau kata dalam setahun tu ada 365 hari cuma 5 hari je bahagia berpeluk2. Selebih 360 hari tu adalah hari pergaduhan dan hari tangisan aku. Mula2 aku fikir inilah balasan aku sebab famili aku dah halang aku kawen dia sbb depa kata dia ni baran. Tp aku ingat dia baran sebab nak protect aku dan dia tension kalau ramai yang sekat aku dr kawen dengan dia. Aku expect dia stop baran kalau aku dah jd milik dia. Sangkaan aku yang mcm orang b0d0h mmg betul2 mendungukan aku. B0d0h nya aku kan?
Korang bayangkan … baran gile tahap cipan tu camne…. logik tak kalau dalam perjalanan ke mana2 aku mintak air pun kene marah? Pastu bila aku merajuk taknak minum dia paksa aku minum? Dia sanggup stop kete tepi jalan dan ugut aku minum? Masa tu baru aku tahu aku kwen dengan orang gile. Tak cukup dengan tu benda2 kecik sekecik kecik hal pun nak marah. So aku memberontak. Hidup penuh dengan stress. Aku mula ckp kasar dan melawan. Aku tengking dia balik. Ada sekali tu dah tak tahan sgt aku lari. Tapi bila aku lari dia akan cari aku smpai dpt. Aku nk tnya sikit la kat lelaki2 lain korang macam ni jugak ke hah? Jenis suka marah2 bini tak bole cakap elok? Aku kepingin dpt suami yang ckp lembut2 dengan aku. Yang tegur aku elok2 kalau aku silap. Yang bermanja2 selalu.
Sampaikan aku selalu curi2 tengok profile semua ex aku sebab nak bandingkan hidup depa walaupun aku tahu salah tapi itulah saja cara untuk aku lepaskan tension. Dengan melihat kemesraan pasangan lain. Sebab aku tahu aku takkan miliki hidup mcm tu dah walaupun kata suami aku akan berubah tapi aku dah tawar hati. IA TAKKAN SAMA LAGI DENGAN SEBELUM INI!, so aku nasihat kpd semua lelaki2 bergelar suami hargailah pasangan anda. Layanilah dia macam permaisuri jika anda ingin dianggap macam raja.




