Aku ni letih min. kalau orang yang berkeje tu letih, jangan ingat surirumah ni tak letih. Aku ni memang surirumah tapi kerje aku bukan duduk je dalam umah. Kepala aku ni ade masanye rasa pusing2. mungkin sebab tak cukup rehat ke ape tak taula. Dapat laki pulak malas ya amat. Anak aku 2 orang. sorang 6 tahun, sorang 11 bulan. Dua2 nak membesar ni memang lasak. Umah jangan cakaplah dah kemas pun bersepah balik. Dah macam tongkang pecah. Sampai aku tak lalu nak kemas.. Dalam masa yang sama aku ade buat bisnes on9. Aku niaga baju bundle. Paham2 jela niaga baju bundle ni kejap2 kene promote barang ape yang di jual. Kene amik gambo pastu uplod kat group2. Nak arap duit laki bagi, memang tak dela jadi aku kene usaha cari duit sendiri.
Tapi laki aku ni macam tak paham. die ingat aku ngadap nfon, amik gambo baju tu sume sebab suke2. Padahal die tak tau aku ni nak cari duit. Macam siang tadi lepas aku masak aku nak sambung keje aku. bisnes on9 tu la. nak promote baju yang ade lebih2 tu. Modal pun aku keluar sendiri jadu aku kene usaha untuk lakukan barang yang aku jual. Kalau tak, tak balik la modal. Ape la salah laki aku tolong suap anak2 makan. Bukan selalu, arini je pun. bagi aku pulak masa untuk berbisnes. Aku ni bukan nak kate la aku sorang tapi aku boleh suap 2 anak aku makan.
Sambil suap anak aku yang sulong tu makan, aku suap anak aku yang kecik tu makan. Bukan suap pakai tangan pun, gune sudu je. Tapi orang laki ni tak boleh buat keje lebih sikit. Dorang je yang tau letih. Aku ni subuh2 dah bangun pastu tidur jauh malam . Time anak2 tidur sume tidur baru aku rasa aman nak brniaga on9. Lagi pun setengah orang tegah malam la baru aktif fb. Macam tengahari tadi laki dengan anak aku elok terbongkang tidur. aku je taktidur sebab sebok asingkn saiz dan pilih mana elok dan tak elok untuk amik gambo baju2 bundle yang baru sampai tadi.
Aku nak gune duit. kalau aku tak ade duit dalam tangan memang susah. Aku nak topup ke ape sume kene dri sendri. Kalau minta laki nant bising plak. Bila malam ni laki aku order je nak makan ape macam siang tadi aku goreng ikan talapia tapi die tak nak goreng sekali untuk malam sebab tak sedap katenye bila dah sejuk jadi tinggal la untuk malam Konon nak makan baru goreng. Aku minta tolong laki aku goreng die malas. aku cakak nak rehat kejap. Aku letih mana lagi urus anak2. Mata aku ni dah sampai tak lalu nak bukak sebab ngantok ya amat. Melayang2 rasanye.
Tidur tak cukup. Tambah anak aku yang kecik tu menyusu badan. paham2 jela anak mnyusu badan ni macam mane. Nak mengempeng je. kejap2 bangun nak merap dengan aku. Dengan aku2 sekali tak lena tidur. Aku tak paham la dengan laki aku ni. nak makan tapi malas masak. Memang perangai lelaki macam ni ke ye? Memang kebanyakkn laki sume nak makanan dah siap trhidang depan mta ek? Memang tak boleh nak tolong ringanakn beban isteri? Kalau tolong isteri goreng ikan tu boleh jatuh ego sebagai lelaki ke? Tanye je jangan la marah ye.




