salam. tolong hide my acc. saya nak cerita masalah keluarga saya, saya ni ada 10 adik beradik, anak sulung kerja gov dan anak kedua gov juga, anak ketiga ni penagih daddah ada H1v dan anak nombor 4 gov, anak nombor 5 ada masalah menttal bergantung pada ubat anak nombor 6 baru kahwin kerja biasa je juru teknik anak nombor 7 kerja gov dan saya anak nombor 8 masih menganggur saya ni menumpang rumah kakak abang saya dorang ni sibuk halau saya dari rumah tak bagi datang la, alasannya sebab saya pemalas.
Tapi dorang tu buat saya macam orang gaji. Mereka semua ni kerja boleh tahan tapi mereka ni nak buang mak saya, rumah mak saya pulak abang saya yang ada H1v dengan pesakit menttal tu tinggal. jadi mak saya ni duduk menumpang rumah anak2 dia hari tu dorang ni sibuk suruh saya cari rumah bela mak saya sebab mak saya yang sakit. mak saya ni walaupun sakit tetap ada elaun rm3 ribu sebulan jadi duit mak saya ni dorang akan bagi kat saya rm800.
Untuk rumah dan makan untuk jaga mak saya. bila saya dah dapat rumah dalam rm650 sebulan deposit pulak rm800 deposit rumah tu saya bayar guna duit saya sendiri. dorang bising cakap saya pentingkan diri lah, menghabiskan duit mak saya lah. sebolehnya kakak saya yang nombor tu nak letak mak saya kat kampung nak suruh abang saya yang ada H1v tu jaga.
bagi saya yang tu ramai kawan, kawan2 semua penagih daddah. apa patut saya buat? saya tak tahan di hina. mereka cakap saya ni kesian lah sebab tak ade siapa nak bagi saya duduk rumah dorang. setiap hari saya dapat hinaan cacian dari abang ipar saya siap halau lagi.




