assalamualaikum semua aku nak tanya la anak luar nikah ni memang dipandang hina ke?? macam ni sebelum aku kawen dengan bini aku waktu aku kenal, dia tengah mngandung waktu tu kandungan dia masa tu baru sebulan. tapi tu bukan anak aku. pasal anak tu aku tak kisah. disebabkan dia ditinggalkn aku bela bini aku tu dngan anak dalam kandungan dia tu (anak dia anak aku juga).
Sebab apa aku kata anak aku sebab aku rasa anak tu macam anak aku seolah2 aku ni seorang bapa bila tngok perut bergerak aku pegang perut bini aku masa tu. kiranya aku habiskan masa dan duit aku ni untuk diorang ja rasa happy. Aku ajak bini aku kawen masa awal kandungan tu tapi bini aku tak nak dia cakap dia nak kawen lepas dia lahirkan anak kami tu..
Barang2 baby semua aku dah sediakan kelengkapan berpantang sampai la dia kena tahan dekat wad aku pergi jenguk bini aku macam suami orang lain buat sampai la saat bini aku nak beranak pun aku tunggu. waktu tu bini aku tak lahirkan baby scara normal tapi dibedah yang tu yang buat aku susah hati. tapi alhamdullillah bini aku selamat melahirkan anak kami.
Tapi lepas dia melahirkan anak tu seolah copy paste muka aku dan orang sekeliling tak habis kata macam2 kat bini aku ni hina macam anak luar nikah ni anak aku tak berdosa. sekarwng bini aku aku gigih nak mengandungkan anak aku pula. aku dah cakap bagi anak besar dulu lagi pun dokter dah pesan tak boleh mengandung dalam tempoh 3 tahun. Bila dah cukup 3 taun dia punya usaha nak mngandung pula.
Sebenarnya aku tak nak paksa pun tapi aku tetap sayang anak aku walaupun hakikatnya dia bukan anak aku. anak aku manja dengan aku banding mama dia sendiri. Buat adik papa tetap sayangkan adik. Dan buat bini abang2 sayang bini abang terima kasih jaga makan pakai abang dan anak kita. maaf kalau berterabur karangan aku.




