Assalam dan selamat mlm. saya mau tanya pendapat daripada uolls apa tindakan yang terbaik kepada isteri yang tiada perasaan malu kepada saya dan apabila berlaku masalah dia akan post status dalam fb yang terdapat keluarga saudara saya dan keluarganya. posting tiada berselindung dan terang terangan yang semua org tau ini mesti bergaduh dengan saya.
Jika berlaku ketidak puas hati kepada ibu bapa saya juga die tanpa segan silu upload posting yang sinis yang sememangnya dituju kpada keluarga saya. hal ini sudah beribu kali saya nasihatkan dia tetapi tiada perubahan. dan saya sudah mulai malu mempunyai isteri sebegitu dan die juga telah merampas hak layanan istimewa kepada ibu saya.
Tolong bagi nasihat kat saya nak buat macamane kasi dia berubah. saya sayagkan dia, sayagkan hubungan suami isteri, yang paling saya fikirkan nasib 2 anak saya jika perkara ini tidak dapat di selesaikan. untuk pengetahuan semua saya dan isteri bekerja tetapi isteri bekerja lebih bagus daripada saya dan mungkin disebabkan itulah juga die jadi ego..
Rumah tangga saya sememang hampir setahun tidak happening dan adenye campur tangan ibu bapanya yang lebih happy bila anak nya kurang ajar dengan mak mertua. ramai yang nasihatkan saya supaya berkawin sorang lagi dengan cara tu mungkin dia akan berubah dan saya tak perlu makan hati sepanjang masa..




