Salam min aku pakai fake acc kawan aku. Aku nak tanya pendapat dan bukan kecaman ye makcik pakcik bawang semua. Aku baru berapa bulan je kahwin. Sekarang laki aku tinggal aku beberapa bulan untuk latihan kerja. Aku ni gemuk berat badan 87kg. Masa mula2 kenal dengan dia berat aku 65 kg tapi sebabkan aku ade masalah kesihatan sebelum ni berat badan aku makin naik sampai sekarang.
Daripada dulu dia suruh aku diet. Bukan aku tak pernah diet, puas dah cuba tapi berat badan memang susah nak turun. Masa bercinta dulu pun laki aku pernah la bagi aku duit beli produk pun tak menjadi. Macam2 ubat makan tapi sekarang dah takut nak makan. Senaman pun aku buat jarang2 n on off je. Dulu pernah diet sebulan tak makan nasi pun turun sekilo je. Jadi fedap plak last2 sekarang ni macam dah give up pun ade.
Harini nak dijadikan cerita, laki aku call. Aku menangis cerita kat dia masalah yang aku hadap harini. Tiba2 dia tanya harini aku ade bersenam tak. Aku cakap tadi ingat nak pergi jogging tapi tak ade kawan nak teman. Tibe2 dia marah aku min dia cakap aku selalu bagi alasan tiap2 minggu. Hmm sumpah demi Allah harini memang start dan petang tadi aku dah wasap kawan aku ajak jogging tapi semua bz.
Aku nak pergi sorang2 aku tak berani. Terus dia marah2 aku suruh aku kurus3!! Penat aku cuba alih topik cakap baik2 dengan dia tapi dia still ungkit aku ni gemuk sampai aku naik bosan. Sebenarnya dari hari dia nak tinggal aku lagi dia suruh aku turun berat paling2 pun ke 70kg. Aku memang nak kurus tapi lg satu masalah pekerjaan aku sekarang ni sgtlah sukar untuk aku kurus.
Boleh kata selalu sangat orang bagi makanan hantar kat ofis. Mcd, kfc, goreng pisang semua tu memang slalu sangat orang belanja. Belum lagi setiap bulan company bagi free treat makan boleh claim. Dalam call tadi boleh plak laki aku cakap kalau tak kurus juga nanti dia taknak call aku dah. Ayat paling aku sakit hati dia cakap jangan salahkan dia kalau dia ade perempuan lain sebab aku tak nak kurus Allah sakitnya hati aku.
Aku cakap kat dia kenapa kahwin ngan aku dah tau aku gemuk. Dia cakap nak tunang dan kahwin dulu aku yang ajak dia ikut je ape aku nak, so sekarang ni dia mintak aku kurus tak kan aku tak boleh ikut apa dia nak. Masalah sekarang ni, dia cakap tu macam aku plak paksa dia kahwin. Sakitnyaaaaa hati aku. Last call tadi aku cakap berbulan2 aku sanggup tunggu dia, sekarang dah ada kerjaya macam ni dia layan aku. Aku mintak dia jangan call aku lg dah lepas ni. Terus aku letak call. Menyampah geram sakit hati semua ada.
Haritu dia ade cakap dia nak bagi kad bank dia kat aku sebab haritu aku pernah mengadu takde duit. Yelah, tinggal aku dah berbulan2 tapi bagi duit rm200. Bukan tak bersyukur tapi kalau dah tau nak bini cantik maintenance mestilah tinggi. Duit yang dia kasi tu, baru beli berapa barang je dah habis. So inilah masanya aku nak beli produk dengan perhabiskan duit dia. Memang lepas ni aku nekad nak pergi jogging dan bersenam sekali.
Takut nt dia plak jeles aku dah kurus. Aku gemuk2 ni pun keluar pergi bandar sorang2 pun dah gelabah beruk takut aku kena mengorat. Masa aku kurus dulu ramai peminat dia sendiri pun tahu Tapi lantak la aku bukan nak kurus sebab tu. Aku nak kurus sebab nak buktikan kat dia yang dia boleh tutup mulut busuk dia pasni. Banyak kali dah dia penah hina badan aku ni. Dulu mase bercinta pun dia boleh cakap badan aku macam tong drum. Aku malas je nak kutuk fizikal dia kang aku kutuk jadi isteri derhaka plak.
Lagi satu, nak bebel lagi ni. Daripada zaman aku kenal dia dulu, macam2 kesusahan dah aku lalui bersama dia. Even dulu tiap kali nak berdating pun, aku masak dari rumah dan bungkus lauk tu siap2 dalam plastik macam kononnya beli kat kedai sebab kitorang nak makan kat taman sama2 jimat duit. Kalau pergi mana2 pun macam makan kat luar ke, tengok wayang ke, minyak kereta aku akan tong2 duit sekali dengan dia.
Kadang2 ada yang pakai duit aku je tanpa keluar duit dia satu sen pun sebab aku kesian kat dia. Masa tu zaman aku study tau dia dah bekerja. Sekarang ni aku risau dia ada perempuan lain je kat sana, ayat dia cakwp pun lain macam je tadi. Lagipun masa bercinta dan bertunang dulu pun banyak sgt dah dia curang belakang aku.
Hmm sedangkan kerja dia sekarang ni pun aku yang tolong apply. Nak harapkan dia, memang butta IT. Jangan nanti dia lupa diri dah la. Tlg la aku, macam mana nak ubah diri cantik? Kalau la banyak duit semua benda boleh jadi.