Assalam min. Mohon app pertanyaan saya. Begini semua, saya seorang lelaki yang selalu dikecewakan wanita. Sampai hati dah lali dan tertutup. Mungkin kerana rupa atau kerjaya sebagai guru/ustaz, ramai yang ajak kahwin. Tapi saya tolak dengan cara elok.
Tapi, baru ni saya ada kenal seorang janda muda Saya gelarkan dia A Ada anak kembar dan dijaga oleh ex suami. Dia wanita cantik tapi kurang fahaman tentang agama. And she lost faith on God. Ex suami dia dulu seorang yang baran dan selalu maki². Sebelum kahwin pijak semut tak mati, lepas kahwin pontianak pon mati.
A ni dulu freehair. Sekarang perlahan-lahan dia tutup aurat. Dan dia nak sangat belajar mengaji semua. A ni selalu suruh saya cari wanita yang beragama, sekufu dengan saya sebab katanya dia takde harta dan agama. A selalu menangis kenangkan kisah hidup dia. Dan saya selalu bagi kata nasihat.
Mula timbul rasa sayang.
Tapi, Saya ada tunjuk gambar pada mak ayah, tapi mereka sepertinya tak berkenan. Berkali mereka suruh hati-hati. Sedangkan yang nak kahwin dan hidup bersama adalah saya.
Disaat saya keliru, datang pula lain. Ada seorang guru sekolah lain tawarkan anak perempuan dia. Keturunan baik². Cantik dan beragama. Berpelajaran. Siap tawarkan rumah jika kahwin dengan anaknya. Betul tak tipu.
Dan mak ayah lebih berkenan
Saya sayang dan kasihankan A. Jika semua mencari yg beragama, siapa yang nk bimbing mereka yang kurang. Walaupun A tiada harta, tiada pelajaran dan lain, saya tidak kisah. Tapi dlm masa yang sama, tersepit antara pilihan mak ayah.




