salam min. terima kasih siarkan. aku tak tahu nak tanya pendapat atau nasihat. mungkin meluahkan adat la hidup rumah tangga ada pasang surut. tapi aku dah rase tak kuat nak hadap kerenah laki aku nie min. aku dah lali kene maaki dengan laki sendiri. aku sampai luahkan dekat mil aku sebab tak tahan. laki aku ni selalu sakit min. kejap kepala. kejap lutut. kejap pinggang. kejap satu badan.
Aku ok je jage dia tapi aku paling menyampah dah penat2 bawa pergi klinik ubat satu hqram tak sentuh. yang tau merengek. mengeluh. cakap sakit2 tapi ubat tak nak makan buang duit je. ingat banyak duit sangat ke. Sekali pergi dah rm50 hingga rm 60 smata2 nak mc..
Macam mane nak baik ubat langsung tak nak makan. bile aku tanye dah makan. tengok ubat tak usik pun. aku bagi dekat mulut tak nak makan. marah2 aku lagi ada. tapi bile mil bagi elok je makan. sumpah aku benggang! ibarat aku nie tak reti jaga laki.. aku sabar lagi min. bile dia nak makan mwse tak sihat hari tu.
Aku tengah mengandung anak ke 2 min dah 6 bulan bila aku lambat ambik kan dia marah aku cakap lembab isteri tak guna bod0h. tersentak aku min. dia ingat aku nie org gaji? sebab aku fikir dia sakit. aku sbr je. pernah juga la aku minta dia lepaskan aku. sampai family aku masuk campur..sebab aku tgh mengandung.
Dua boleh family cakap pembawakkan budak sebab tu perangai suami macam tu. tapi aku yang hadap aku yang hari2 menangis. belum bab kerja aku lg min. aku kerja charted account so ada date line untuk hantar setiap satu2 akaun syrikat tu. bile aku cakap aku nak ot untuk siapkn kerja sebelum bersalin nanti.
So siap la smua kerja masa dah bersalin nanti.. dia akan marah aku. buat idea macam2 supaya aku tak ot… aku stress min. kerja kene fkir. Suami kene fikir. nak berhenti tau saja la ekonomi sekarang.. kadang aku bersuara juga… ot tak bagi tapi duit tak cukup minta aku juga sampai aku pun tak de duit. yang palingg aku rase terhina kejadian semalam min.
Aku ajak dia pergi beli barang baby.. ok la dia setuju sebab duit barang aku yang sedia. dia? tak harap pun duit dari dia. mase tengah beli2 dia tak habis2 desak aku suruh cepat beli barang.. cakap dia tak larat sakit pinggang berdiri lama.. pada mse sama dia tolak anak sulung 3 tahun lelaki.. biasa la budak macam2 ragam..
Lepas tu ok la mood aku dqh spoil sebab kene desak cepat2.. aku pantang orang macam ni.. kalau dengan mil ke boleh je lame2.. yelah sebab aku yang melayan anak.. dia melayan mil. lepas tu aku singgah gurdian sebab nak beli alat kencing manis untuk mak aku. anak mase tu dah tak nak duduk dalam troly. so tak behave la. melompat2 normal la budak.
Aku jage elok je. die nak lompat lari as long tak bahaya kan dia.. mase aku tengah beli barang tu dia boleh tengking aku dari jarak jauh min. sale girl pun dia terus blah dari situ sebab takat. dia tengking aku suruh jage anak jangan puntingkan diri sendiri. plstik dengan air lagi dia nak pegang.. Allah min malu aku dekat situ…
Aku geram aku ambil anak bawak sekali masuk dalam gurdian sementara sale girl tu chop waranty semua bagai.. dah settle semua aku ambil plastik dengan air dekat tangan suami aku. aku pegang tangan anak aku. dia lenggang kangkung. dia pakse nak pegang plastik. aku cakap tak payah bukan susah pun setakat 2 plastik ringgan dengan air.. air aku letak dlm plstik tu…tak susah mana pun..
Tapi otak tak fikir macam tu la. anak yang sedia ada baru sorang. nak jage pun susah.. lepas tu sebelum balik boleh minta aku rm50 dengan alasan. saya nak merasa duit gaji awak bulan nie.. seriuss! aku tak tau la btol pembawak kan budak atau aku yang dah tak sayang laki aku sebab aku rase nak berpisah je sekarang nie. Sory min banyak kali aku hantar msg. jari mak buyung gemok. so banyak kali la tertekan send.




