Assalamualaikum admin dan warga krt semua. Semoga hari ini lebih baik dari hari2 sebelum.. Hadirnya saya di sini selepas membaca 1 kisah yang dikongsikan seorang wanita berkisahkan suaminya selalu menolak untuk mengadakan hubungan intim dengannya. Banyak komen yang mengecam mengatakan dia Queen Control dan ada juga yang mengatakan dia tak pandai menjaga alat sulit atau menarik minat suaminya.
Di sini hadirnya saya untuk mencoretkan kisah saya bersama suami. Kami mendirikan rmh tangga dah lebih 20 tahun. Dikurniakan 2 cahaya mata dan yang sulung dah melanjuntukan pelajaran ke ipta dan yang ke 2 masih di sekolah menengah. Kami kawin muda. Di awal usia 40an anak2 dah besar. Pada pandangan umum kami pasangan yang amat bahagia Ke mana saja kami pergi suami tidak pernah melepaskn tangan saya. Kami sentiasa berpimpingan tangan.
Namun di belakang ada kisah duka yang terpendam dan tersimpan 14 tahun suami saya tdk mampu memberi nafkah bat!n kepada saya. Kami sering bergaduh dalam hal ini. Saya tanya dia ada orang lain ke dan jawapannya tidak. Dia hanya ada saya dan anak2. Saya ajak dia pergi berubat dia selalu menolak. Hal ini terlalu sulit dan personal. Kepada sape saya boleh mengadu dan bercerita melainkan hanya simpan dan pendam.
Sampai 1 tahap saya banyak mendiamkan diri dan duduk berkurung menyendiri dalam bilik. Hal ini berlarutan sehingga berbelas tahun. Saya wanita yang bekerjaya. Personaliti amat saya jaga luar dalsm saya jaga. Orang yang memandang tak mengatan umur saya awal 40an. Orang akan kata saya 30an. Tetap apa yang ada pada saya tak dapat menarik minat suami untuk mengadakan hubungan intim.
Pasti semua hairan kenapa saya boleh bertahan selama berbelas tahun.. Pasti ada yang mengatakan suami saya ada orang lain. Di satu malam saya bangun bertahajud memohon kepada Ilahi tunjukknlah apa yang terselindung di antara saya dan suami. bukanlah jalan penyelesaian untuk kami. apa yang saya dapat selrepas selesai meluahkan kepada yang Satu Yang Esa. tergerak hati untuk membuat penilaian baik buruknya suami saya..
Kebaikan
1. Setiap bulan nafkah untuk saya RM1450 tidak terabai walaupun gaji saya lebih banyak dari nya ( jumlah ini untuk barang dapur, bil air dan elektrik, belanja anak sekolah. yang lain dia akan byr)
2. Bila saya sakit dia jaga saya dengan baik. Saya tidak perlu bangun untuk buat kerja rumah.
3. Setiap hujung minggu dia yang akan ke pasar untuk bdli semua barang2 untuk dimasak dan balik dari pasar terus cuci ikan dan simpan dalam peti ais.
4. Dia bukan kaki lepak. Balik dari kerja terus duduk di rumah bersama saya dan anak atau ke masjid.
5. Hp sentiasa diletak kan di atas meja dan password tidak pernah tukar. Anytime saya nak pegang dan bukak hp dia tak ade masalah.
6. Ke mana saja dia nak pergi dihujung minggu saya dan anak2 wajib ikut walaupun memancing
Keburukan. 1. Bat!n lemah
2. Kesihatan diri tak ambil berat
3. Personaliti kurang terjaga
Jadi lihatlah perbezaan di antra kebaikan dan keburukannya. Jika saya membuangnya dalam hidup saya adakah saya akan dikurniakan suami sebaik dia lagi. Adakah saya akan dapat suami yang tidak pernah naik tangan kepada saya lagi. Adakah saya akan dapat suami yang ringan tulang membantu saya kerja2 rumah dan masak bila saya sakit…
Saya termenung dan air mata jatuh berjujuran. Hati saya berkata mungkin ini adalah ujian dari Allah untuk saya. Allah menguji setiap hambaNya di atas kemampuan hambaNya. Setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. Setelah 14 tahun saya lalui semua ini dan diuji dengan ramai lelaki yang suka mengganggu.
Alhamdulillah berkat sabar dan Yakin dengan takdir Allah dan tidak mengabaikan tanggungjwb sabagai seorang muslim kini kami dibukakan jalan penyelesaian. Terbuka pintu hati suami untuk berubat. Alhamdulillah setelah Allah menghadirkn seorang ustaz untuk membatu kami kini suami saya kembali normal. Menurut ustaz tuh kami suami istri terkena sihir yang dah terlalu lama.
Dikunci nfsu suami bila berhadapan dengan saya. Bila berjauhan suami akan rindu dan tringat kepada saya. Dan bila kami di rumah nfsu suami akan terkunci. Bukan 14 hari dan bukan 14 bulan tetap saya melalui semua ini selama 14 tahun. Terima kasih Ya Allah kerana di usia yang dah hampir ke petang ini kami masih diberi kesempatan untuk menikmati erti kebahagiaan dalam rmh tangga…
Sesungguhnya benar kata ahli kitab… Sabar itu pahit namun manisnya ada dipenghujung segala kesulitan bila kita redaha dan yakin dengan hikmahNya. Saya sayagkan suami saya hingga ke jannah. Tidak mungkin saya akan dapat suami sepertinya jika saya menggantikannya dengan yang lain. sekian coretan kisah saya. hanya sekadar berkongsi yang mungkin boleh dijadikan kekuatan kepada yang sedang mengalami masalah yang sama seperti kami.. wasallam