Salam admin dan warga krt. Disini saya ingin kongsikan kisah hidup saya. Kalau rasa elok boleh jadikan pengajaran dan kalau sebaliknya abaikan je. Seusia perkahwinan saya hanya sempat 24 tahun sahaja tapi banyak cerita suka dan duka. Saya berkahwin pada usia 21 tahun dan suami pula pada masa tu baru je cukup 19 tahun kalau dikira berdasarkan bulan kelahiran.
Kami kenal cuma dalam tempoh tiga bln terus bertunang dah nikah. Alasan suami pada masa tu dia nikah kerana Allah dan untuk elak maksiat.Tapi sejak tiga bulan tu kami sentiasa bergaduh sebab dia kuat cemburu. Saya tak boleh berkawan rapat dengan orang lain tak kira lelaki atau perempuan. Masa tu saya dah nak putuskan pertunangan kami tapi sebab fikir mak ayah saya batalkan niat saya tu.
Saya sangka bila dah nikah dia akan berubah tapi sebaliknya. Lagi kuat cemburunya. Bukan cemburu sahaja tapi siap package suka bebel lagi dan saya terpaksa berhenti kerja lepas nikah sebab ikut kemahuan dia. Boleh dikatakan setiap minggu kami akan bergaduh walapun perkara kecil. Dah ada anak pun tetap sama. Namun tak dinafikan suami seorng yang penyayang.
Semua keperluan dia sediakan walapun masa tu gajinya sbagai juruteknik di syarikat komunikasi hanya rm500 sahaja pada awal perkahwinan kami. Saya terus sabar dengan sikap panas baran dan cemburunya. Masa anak kedua saya sempat bekerja semula atas permintaan suami selama lima tahun dengan syarat bila umur saya mencapai 30 tahun saya mesti berhenti kerja dan jaga anak di rumah.
Dan pada masa tu gaji suami pun dah mencecah 3k sebab dia dah up grade dirinya sambung belajar. Kami dah ada rumah sendiri dan dua kereta serta motosikal. Pada mulanya saya berharap klu bertambah anak suami akan berubah jadi lebih baik tapi semua tu meleset. Anak2 membesar dalam suasana kurang selesa. Sentiasa melihat saya dan suami bergaduh kadang sampai ke tahap bertumbuk macam bukan suami isteri.
Tapi yang peliknya kami gaduh paling lama setengah jam je lepas tu macam takde apa yg berlaku tapi anak2 makin jauh dari suami. Saya pada masa tu pernah minta cerai tapi suami tak setuju dan terpaksa lah saya lalui semua tu dengan sabar dan tabah. Saya sendiri pun pelik dengan diri sendiri. Saya terlalu bersabar dengan sikap suami dan terima apa saja dari dia.
Dia sangat sayang pada anak2 tapi tak tunjuk kasih sayag nya pada saya secara zahir. Dia ambil berat tentang saya tapi tak ditunjukkan. Kalau kami berjauhan mesti dia akan sentiasa call. Pernah saya dan anak2 balik kampung beraya dia tak ikut jiran bagi tau keadaan suami saya macam orang mat! bini tak terurus. Masa saya pergi umrah setiap hari dia akan call saya dan dia dah sediakan duit untuk saya call dia sebab masa tu hanya boleh sms je.
Pada tahun 2014 saya disahkan mengandung twins anak kelima pada usia 42 tahun slepas 10 tahun tidak mengandung. Pada masa ini kehidupan kami beransur berubah Suami tidak lagi memukul saya cuma kadang² bebel je bila anak2 buat perangai atau ada benda yang tak kena pada matanya.Tapi kami tetap berhati2 takut kalau tiba² suami naik angin.
Dia bawa saya dan anak2 melancong keluar dan dalam negara. Katanya bila dah ada anak kecil nanti dah susah dia nak bawa saya. Kelahiran kembar adalah rahmat dan anugerah buat saya atas kesabaran saya selama ni. Pada masa ni baru nampak kasih sayang suami pada saya. Tapi kebahagiaan cuma seketika. Masa kembar berusia dua tahun setengah suami pergi mengadap Ilahi buat selamanya dikala umat islam menunaikan ibadah puasa kerana serangan jantung.
Dihari2 terakhirnya dia selalu pesan pada saya supaya jaga semua anak2 dengan baik kerana dia tak pasti samada dia sempat tengok anak2 membesar atau tak.
Paling menyentuh hati masa dia dalam CCU sebelum doktor bagi ubat tidur dia sempat mohon maaf atas semua kesilapannya selama ni dan dia memaafkan semua kesalahan saya. Jaga anak elok² kalau dia dah tiada.
Kepada warga krt kalau anda mampu bertahan dan sabar seperti saya dalam perkahwinan teruskanlah.Tapi jaganlah sesekali pertahanakan rumah tangga dengan alasan kesian kat anak atau mengharap suami berubah bila anak bertambah. Terlalu sedikit akan berlaku begitu dan baru lama masa kita sendiri tak pasti.
Saya kini betul² terasa kehilangannya. Rumah jadi sunyi sepi tanpa gelak tawanya. Setiap petang tebayang2 susuk tubuhnya balik dari bekerja. Segala kesilapannya hilang sekelip mata. Yang saya ingat cuma kebaikannya. Semoga Allah memberi saya kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi hidup tanpanya disisi.




