Nukilan sang Dayus. Hide fb aku min, tq
Sayang, dlu aku kau puja, kau manja, kau sanjung. Tapi kini tidak lagi. Kau malah membenci aku sehabis2 nya. Aku tahu aku tidak punya apa2. Hanya perniagaan kecil yang cukup untuk menyara makan minum skluarga. Aku tahu aku tidak setaraf. Malah tidak layak untuk mu.
Aku ini DAYUS. Teramat dayus. Kau cantik, bekerjaya, punya bisnes maju, punya ijazah, punya segalanya. Kau hebat, lantang dalam membicara hujah. Itu peribadimu. Kerana kedayusan itu, aku menyelesaikan segala urusan rumah. Aku masak setiap yang kau ingin santap. Aku cuci semua pakaianmu, lalu aku rapikan, kamar tidurmu aku kemaskan.
Aku thu, aku bukan siapa2 di matamu.
Hingga kau malu untuk mengaku aku.
Apabila aku punya pelanggan sama pejabatmu, kau malah melarikan diri dariku. Pakaian ku tak seindah pakaianmu. Tidak berjenama setandingmu. Sudahkan kau lupa sayang, kita bermula dengan kosong? Kita bermula dengan cinta, tidak punya apa2.
Sehingga Allah kurniakan rezeki atas ketelusan kita membina ikatan. Namun bukan pada aku rezeki itu. Tapi melalui kau. Untuk menguji kau. Tidak kah kau bersyukur sayang?
Setiap pagi kau sempat berhias ke pejabat kerana anak2 telah aku uruskan dan Kau malah tidak pening memikirkan menu. Kau hanya perlu sebut keinginan, lantas aku tunaikan. Western, eastern, masakan kampung, aku siapkan. Setiap malam kau hanya perlu tidur, tanpa perlu fikirkan pinggan mangkuk, pakaian2.
Semua aku uruskan, kerana aku dayus. Aku tidak punya pendapatan. Pendapatan selebat lelaki yg kau puja2. Tidakkah kau bersyukur saat anak kecil kita sakit, kau tidak perlu ambil cuti? Sebaliknya aku yang cuti untuk menjaga. Saat anak kecil kita terbangun meminta susu, aku juga laju menyiapkan. Saat anak kecil kita rimas, aku menenangkan.
Kamu? aku biarkn sahaja dalam lena, kerana aku dayus, aku tak punya kerja pejabat seperti mu, juga tak punya bisnes sehebatmu. Kini kau sudah tak seperti kau yang dulu. Entah siapa yg menghasut.
Dlu kau membantu dengan penuh redha.
Kini kau menganggap kau bodoh kerana membantu. Hingga hati kau membatu.
Kau sakiti aku, kau sudah tak kenal aku.
Kau mula sombong dengan harta2mu.
Yang kau anggap usaha semata2, bukan dari rezeki. Kau mula mencela aku, kau buang aku dalam hati kau. Kau juga memilih yg lain. Kerana menurutmu aku dayus. Aku tak punya jawatan. Menurutmu aku tak layak untuk mu. Menurut mu aku biawak hidup.
Biawak yang terkinja2 menyelesaikan pinggan mangkuk sebelum tidur, yang tidur paling lewat, bangkit paling awal.
Biawak yang berperang menyiapkan anak2 setiap pagi, juga yang termangu di dobi menunggu pakaian kering. Ye, aku biawak hidup, aku dayus.
Kau meminta aku melepaskan, juga memaksa untuk melepaskan. Kau mampu melantik peguam hebat, aku hanya mampu membela dengan pertuturan.
Akhirnya aku mengalah, kerana itu yang kau inginkan. Lagipun aku dayus.
Mana mungkin aku menang perbicaraan.
Aku cuma bertahan, kerana anak2 kita.
Anak2 kita masih layak dapat kasih sayang kita berdua, mereka masih kecil.
Berat bagi aku sayang untuk melepaskan kau. Namun bila itu mahu kau, aku tak dpt berbuat apa2. Selain hanya mampu berdoa utk hati kau kembali. Tinggal hanya sebulan sahaja lagi sebelum penceraian. Tidak kah kau melihat hati ku? Yang kau bunuh perlahan2.
Tapi tidak pula nipis kasih sayang ini pada kau. Tidak kah sedikit kau melihat kebaikan pada diri aku? Lupa, aku dayus. Aku tak layak untuk kau. Mungkin pada mata kau tanggungjawab hanya ada pada wang ringgit smata2.
Aku cuba redha dengan apa yang terjadi, kasih sayang aku pada kau masih tebal. Tapi aku mohon sayang, beri juga aku ruang dan peluang. Nilai aku dari kebaikan, bukan dari keburukan. Aku tahu aku dayus. Aku loser menurut kau.
Andai kau dijodohkan buat aku, aku mohon Allah satukan hati kita kembali.
Andai kau bukan jodoh ku, aku mohon Allah jauhkan aku dari kau sejauh2nya.
Tak salah untuk aku berharap kau kembali, juga aku bersedia untuk sebarang kemungkinan. Bukan aku tak cuba mengubah kekurangan yang kau senaraikan. Aku mencuba, aku berusaha. Hasilnya ada walaupun kecil, cuma kau yang kuat menafikan, kau tak beri aku peluang walau sebesar zarah. Keras hati kau sayang. Keras.
Takpe sayang, aku berterima kasih atas segala2 yang pernah kau berikan dahulu, semuanya. Yang kalau aku ceritakan tak akan habis sejuta muka surat. Indah memiliki cintamu. Sangat indah. Walaupun seketika. Aku bersyukur pada Allah, kerana ‘pinjamkn’ kau pada aku, hingga lahirnya sepasang cahaya mata yang comel2. Aku dayus, aku tak akn dapat hak2 keatas anak2, itu kata2 mu.
Aku redha, aku serahkan anak2 ini pada kau. Kau jaga mereka sebaik2nya.
Soal nafkah anak2, aku akan gunakan sehabis kudrat aku untuk tunaikan nya.
Selagi masa ada, selagi masih halal ikatan ini. Tak akan aku berhenti berdoa, tak akan aku berhenti melakukan rutin2 harian ku. Tak akan aku berhenti berharap. Tapi sayang bukan berharap pada kau, sebaliknya pada Allah.
Tapi aku yakin dalam masa ini kau malah makin membenci aku, kerana menurutmu aku DAYUS. Ya aku DAYUS. Semua salah aku. Benar, semua salah aku. Aku tak punya jawatan tetap. Masa rehat aku ‘panjang’ menurut kau. Tak ape sayang, kerana aku tak lagi bisa menahan langkah kau.




