Assalamualaikum warga KRT. Sebelum saya mulakan masalah saya, saya harap admin hidekan profile saya. Saya terima segala cemuhan, nasihat dan doa yang anda semua berikan. Ceritanya begini. Saya dan isteri sudah berkahwin selama 5 tahun. Dan alhamdulillah bakal menimang cahaya mata yang pertama. Tetapi saya mempunyai satu masalah yang saya rasa kerap menjadi masalah pasangan lain dan juga menjadi punca penceraian. Iaitu masalah isteri dan keluarga suami yang sentiasa berselisihan faham. Setiap sebulan atau dua bulan sekali saya akan balik ke kampung halaman untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa saya. Dan setiap kali ingin balik, akan berlakunya peperangan tanpa sebab yang munasabah. Dan setiap kali saya bercerita tentang keluarga saya isteri saya seperti endah tak endah dan Setiap kali di rumah keluarga saya isteri saya akan membuat alasan tak sihat pening kepala demam dan sebaganya dan dia akan duduk di bilik setiap kali dirumah keluarga saya. Selalunya saya yang menjadi tukang cover.
Bermacam macam alasan saya keluarga untuk menjaga hati ibu bapa saya. Tapi saya tahu jauh disudut hati ibu bapa saya, mereka sebenarnya faham situasi sebenar. Masalah ini tidak habis disini. Isteri saya mempunyai perangai meluahkan perasaan di media sosial yang bagi saya bukan menyelesaikan masalah. Tetapi makin mengeruhkan masalah. Saya dan keluarga menjadi bahan cacian dan makian dimedia sosial. Kadang kadang tiap kali saya balik, ibu saya akan menasihati semua anak dan menantunya. Yang saya anggap sebagai tazkirah diantara keluarga. Dan nasihat ini pun menjadi bahan cacian dan makian di media sosial dan juga menjadi bahan gelak dalam keluarga isteri saya. Saya pernah mencuba untuk menasihati isteri saya. Tapi segala apa yang saya cakap umpama masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Saya pernah berdiam diri dan tak bertegur dengannya. Isteri saya anggap saya melebihkan keluarga dan sanggup tidak bertegur dengannya kerana keluarga saya. Saya pernah memarahi isteri saya disebabkan sikap angguh, sombong, dan busuk hatinya terhadap keluarga saya.
Dan jawapannya adalah tangisan, jeritan dan juga makian. Dan perkara sama berulang kembali. Kadang saya rasa seperti sampah bila dimarahi dan dimaki sebegini rupa. Dan bila keluarga saya dimalukan, dicaci san dimaki di belakang mereka. Tanggungjawab saya terhadap kedua ibu bapa saya sentiasa menjadi keutamaan. Tapi bila perkara ni terjadi, sedikit sebanyak mengganggu saya untuk melaksanakan tanggungjawab saya. Kedua ibu bapa masih hidup. Dan selagi mereka masih hidup, saya ingin menjaga mereka dan saya harapkan isteri saya menyenangkan saya untuk melaksanakan tanggungjawab saya. Pernah banyak kali terlintas difikiran saya untuk bercerai. Tapi saya sayangkan rumah tangga saya. Lagi lagi sekarang isteri saya bakal melahirkan anak pertama saya setelah 5 tahun penantian. Apa yang bakal berlaku bila saya bercerai? Apa nasib anak saya. Tak siapa yang tahu perkara ni melainkan saya, isteri dan keluarga isteri saya. Saya dah tak tahu cara untuk menasihati isteri saya. Sedangkan keluarganya pun turut menggelakkan keluarga saya. Agaknya memang cara isteri saya dibesarkan jarang dinasihati, dimarahi, kurang penekanan tentang adab terhadap orang tua dan suami. Sebelum berkahwin, semuanya indah. Nampak semuanya sempurna.
Saya manusia biasa ada hati dan perasaan. Saya mengimpikan rumahtangga yang indah. Dan sebuah keluarga yang bahagia. Saya memendam perasaan seorang. Dan saya sentiasa berkecik hati, dan memilih untuk berdiam diri setiap kali pergaduhan berlaku. Saya rasa kesabaran saya membuat isteri memijak kepala saya. Dan langsung tiada rasa hormat kepada saya. Sampai keluar cacian dan makian. Pada pendapat semua, apa yang perlu saya lakukan? Maafkan saya kerana cerita saya terlalu panjang. Saya tidak pandai melukis.




