Camni, perkahwinan saya baru nak mencecah tahun yg ketiga. Ade anak sorang umur setahun. So dari bercinta sampai la tahun kedua berkahwin saya dan suami memang berpjj. Saya di utara dia di selatan.
Atas urusan kerja saya terpaksa berjauhan sepanjang dua tahun berkahwi so awal bulan mac haritu baru dapat ikut suami datang selatan sini. Suami saya okey.setiap hari balik keje pon hampir semua keje dia tolong saya tambah2 bab uruskan anak Dan saya memang reti memasak maksud saya, saya memasak cara mak saya cara utara So bila dah kawen dengan suami dah mula tinggal sekali saya dah plan nak masak sedap2 untuk suami.
Tapi hampa sedih semua ada. Bila setiap kali saya memasak dia langsung tak pernah puji. Its okay kalau tak puji at least jangan la complain macam masakan saya teruk sgt. Dia makan tak memilih even ayam goreng telur goreng pon okay cuma cerewetnya bila dia cakap eh, tak kene ni awak goreng camni tak garing la tak cantik la.. Tapi hakikat nya dia makan habis jugak. Saya dah bersabar selama ni Saya google masakan yg dia suka saya belajar buat biasalah first time buat bukannya perfect diaTerus dia bash masakan saya. Semalam dia suruh saya masakkan rendang. So saya buat even tak pernah buat. Pastu dah hampir siap dia datang dapur tengok sambil cakap eh mak saya buat bukan camni,
Tu masalahnya,dia bandingkan masakan saya dgn mak dia. Dia membesar dengan mak dia dari kecik makan masakan mak dia saya ni baru je stay sekali kot takkan nak terus pandai mcm mak dia kot. Pastu saya tak puas hati saya suruh dia call mak dia on the spot saya tnya macam mana masak rendang. Tau tak min mak dia cakap ,apa yg saya buat semua betul dah cara dan bahan semua dah betul. Terus laki saya diam min. Geram sangat saya.
Pastu sahur pagi tadi saya kejutkan dia dia bangun2 cuci muka duduk kt meja terus cakap eh banyaknya lauk tapi tak sama cam saya buat (sbb dia pandai memasak jugak) Pastu dia suap je lauk tu dalam mulut,m terus dia keluarkan balik sambil cakap eh ayam ni tak masak la.. Padahal tak garing je pon. Saya terus tario muka saya makan cam orang bodo je. Dia makan tak habis pon So aaya nak tanya pendapat bukan kecaman.. macam mane lagi saya nak buat supaya suami saya tak merungut. Saya tak suka dia merungut seolah2 tak bersyukur pulak. Daripada takde makanan kan.
Dia suka sgt complain depan rezeki. Tapi,apa2 je saya nak makan,dia masakkan utk saya. Saya jealous tengok kawan2 saya,suami diorg selalu post apa yg diorg masakkan pastu puji. Saya tak minta dipuji,tapi cukup la jangan complain. Btw min hidekan profile saya yer. Terima kasih semua.




