Assalamualaikum.. Saya diceraikan bekas suami melalui wasep atas alasan hatinya dah sudah hilang pada saya. Rupa rupanya dia ada perempuan lain. Bukan seorang tapi ramai. Stock stock we chat dan smule. Dia tak solat, merokok, bangun pun lewat. Dia pernah tidur 2 hari tak bangun bangun. Bangun isap rokok dan minum air pastu tido semula. Masa bulan puasa, dia memang tido je, bila bangun pun kadang dah pukul 5 petang atau dah nak berbuka. Bangun tu terus masuk bilik air dan saya boleh hidu bau asap rokok. Bila saya tegur, saya kena tengking dan kena tolak. Dan saya jumpa bukti rupanya dia kaki minum, kaki judi, ada ketum dalam kereta, dan pil,kaki perempuan dan pernah bersekedudukan, kaki club, sanggup berhutang untuk perempuan lain.
Baru baru ni saya dapat tahu dia buat loan semata mata nak belikan iphone untuk seorang perempuan. Betapa cetek nya akal. Saya tak sangka saya bersuami kan orang macam ni. Dengan keluarga dia, dia boleh tipu dan berlakon. Tapi lepas kantoi semua dengan saya, dia terus buang saya macam tu je. Sebelum dia talak kan melalui wasep,saya ada dm seorang perempuan di smule, bagitau lelaki yg dia tengah bercinta tu suami saya.tapi perempuan ni habis habisan maki saya cakap saya penipu dan kifarah sentiasa mengelilingi kita. Macam dia nak bagitau saya kena macam ni sbb balasan kifarah ke atas saya. Padahal saya takda buat apa pun.Ewah dia cakap tu takbur betul. Dah tentu tentu kena hasut dengan lelaki tu macam macam dan dah tentu lelaki tu burukkan saya habis habis.Dan tak pecaya semua kata kata saya & menangkan lelaki tu.
Bila saya bagitahu pada mak mertua saya, mak mertua salahkan saya itulah zara nak keje dan belajar sangat Buat pengetahuan, saya bekerja di sektor swasta dan doing pjj. Tapi saya tak pernah abaikan tugas saya sebagai seorang isteri dan menantu. Sejak kawin, saya dah tak dapat balik rumah mak ayah saya. Bila saya ajak balik, macam macam alasan bekas suami. Walaupun ayah saya sakit, bekas suami saya tak berminat nak bawa saya balik jenguk ayah saya. Tak pasal pasal saya yang disalahkan. Mak mertua saya cakap tak mungkin dia macam tu, dia tu penyayang orangnya. Takpe mak. Terima kasih. Semoga satu hari mak dapat tengok dan jadi saksi betapa rosaknya anak yang mak tatang sangat tu. Mak lupa mak pun ada anak perempuan dan cucu perempuan. Terima kasih atas kezaliman ni.
Sepanjang perkahwinan ni, saya yang bersusah payah dari all aspect. Wang ringgit usah kata la. Bekas suami saya memang selalu pakai duit saya. Dia mana nak banyak duit kalau dah selalu absent je. Dah berapa kali kena buang kerja.
Bila saya nangis dan tanya kenapa sanggup buat saya macam ni, bekas suami jawab ntah tanyalah Allah kenapa hati aku mati dan satu lagi, jasa kau pada aku setakat bg duit je.