Bini memang dibuat macam orang gaji ke? Dalam kisah aku nak share kat korang ni.. Aku tak ada nak burukkan sesiapa. Kalau ada salah aku. Aku taip terus kat sini. Aku kahwin dengan suami aku dah 3tahun.. 3 tahun ni jugaklah aku duduk dengan mertua aku. Aku faham situasi laki aku sebab apa dia nak tinggal dengan mak mertua aku.. mak mertua aku ni ada sakit.
Pernah masuk hospital banyak kali. Aku faham, Aku cuba ambil hati laki aku, aku faham.. Mertua aku ni bukan jenis suka sibuk hal orang. Keluar membawang apatah lagi. Awalnya okay je aku duduk dengan dia. Dari awal aku kahwin, laki aku pernah cakap dekat aku, “Jadilah macam mak, masaklah macam mak buat,”
masak kan yang aku buat. Yang aku belajar dari negeri aku, hampeh taknak dia sentuh! Tak apa! Aku cuba faham. mungkin dia tak biasa dengan masakkan aku. Aku belajar masakan mak dia dari A sampai Z laki aku bangga sebab aku boleh tiru masakkan mak dia tapi aku sedih min… Aku sakit demam ke apa.. dia mesti cakap.. “Cuba tengok mak tu.. mak dah tua pun masih larat buat kerja.. ni sakit sikit dah mengeluh..” Allahu..
Sampai tahap pernah gaduh pasal ni. Dia marah aku min.. dia cakap aku main mak2 pulak dengan dia. Dia kahwin dengan aku suruh aku jaga mak dia ke atau suruh aku jadi klon mak dia? Aku sakit min.. dia bagi ubat suruh aku makan sihat cepat2 supaya aku boleh tolong jaga mak dia.. kerja rumah? Semua aku buat min. Kadang aku basuh baju awal lepas subuh.. sidai pun dalam awal pagi lagi..
Aku dah kutip baju semua orang dalam rumah ni.. dah takde satu pun baju kotor.. aku sidai awal pagi.. ampaian kat tanah betul2 bawah matahari. Mertua aku pungut baju dia tak pakai lagi dia basuh.. bila dah tengahari panas terik dia suruh aku sidai tengah2 panas.. Aku cuba positif. Makin aku sabar.. Makin martabat seorang isteri tak ada..
nafkah? Hahaha dia bagi aku rm10 je seminggu min rm10 tulah aku simpan dalam tabung.. aku sabar min.. tapi mulut laki aku tak habis nak bandingkan aku dengan mak mertua aku min.. Nak je aku menjawab.. baik kau kahwin dengan mak kau senang.. tapi min.. aku jenis aku bukan suka menjawab.. orang kenal aku dengan sifat aku jenis pendiam.. pendiam nilah banyak memendam rasa..
Aku tak tahulah.. kadang aku sakit kepala aku nak rehat sekejap lepas subuh.. mak mertua aku bangun buat sarapan dlu.. laki aku mesti marahkan aku sebab aku tak tolong mak dia masak.. katanya aku ni apa lah tengok mak sakit tu tapi aku tak tolong. Aku sakit? Ada dia kisah ke? Mana dia kisah aku sakit ke tak. Yang dia tahu aku tak tolong jaga mak dia bagai. Tulah je.. Tolong bagi aku idea macam mana nak ajar laki aku ni.. tq




