Salam admin Krt. Tlg hide profile ni sebab saya pakai fb member yang baik hati.
Saya adalah seorang isteri dengan dua anak. Seorang umur 1 tahun lebih, seorang lagi umur 5 tahun. Saya berkahwin hampir 7 tahun. Masalah saya disini saya mempunyai laki yang sangat malas. Malas nauzubillah. Dari sejak kawin sampai ada anak dia sangat susah nak hulur pertolongan walaupun di minta.
Suami juga seorang penagih tegar jenis batu. Mula dulu saya kerap nasihat tapi dia tak endahkan. Sampai ada anak sorang msih lagi macam tu. Kalau dia isap sybu tu mula rajin la baiki peralatan elektrik dalam rumah sampaikan yang tak rosak pun jadi rosak dibuat nya. Dulu dia kerja dengan kerajaan tapi dibuang kerja kerana masalah disiplin.
Setahun di menganggur masa tu saya mengandung anak nombor dua. Kesabaran saya pada dia sangat hampir ke batasan. Dan kini anak dah semakin membesar dan dia masih menghisap sybu. Kalau hilang kesan tu dia akan tidur bermingu minggu tak hiraukan kami. Nasib saya ni bekerja dan mampu untuk tanggung anak wpun struggle untuk cukupkan keperluan anak dan saya sendiri hanya Allah yang tahu.
Saya ibu bekerja dan bekerja dlm sektor awam. Saya tgg diri saya sendiri dengan duit gaji saya untuk bayar kereta, rumah dan bil utiliti. Barang dapur pun saya yang tanggung dan barang asas lain. Lepas setahun asben menganggur, sekarang dia dah diterima bekerja di tempat swasta. Baru beberapa bulan bekerja saya jumpa bermacam macam messj dia dengan perempuan budak satu tempat keje dengan dia.
Anak darra, janda, isteri orang semua dia try. Pernah satu hari dia balik subuh dalam keadaan mabuk. Saya marah dia. Dia buat tak tau dan tidur je. 2 hari lepas tu anak saya main hp dia depan saya dan terbukak bahagian galllery dan terpampang gambar ayah dia dengan perempuan lain dalam satu bilik dalam keadaan yang macam baru lepas bersama.
Bilik gelap. Position bergambar tu kepala laki saya bersandar atas bahu perempuan tu dan gamba itu di ambil bertarikh hari yang dia balik lewat subuh dalam keadaan mabuk tu. Saya tengok masa gambar selfie tu diambil jam 12.41 tengah malam. Boleh ke saya ni bersangka baik min? Saya tanya dia, dia cakap tu kawan lepas tu buat macam tak ade apa berlaku keesokan hari nya dan hari seterusnya.
Padahal hati saya ni rasa macam nak terbakar je. Duit nafkah anak dia bagi saya rm700 sebulan. Rm400 untuk bayar pengasuh untuk anak nombor 2 dan rm300 untuk beli susu pampers anak2. Part tu memang nampak ok la sebab dia bagi nafkah. Tapi lepas semingu dia mula la minta duit saya untuk beli reload, minyak moto untuk pegi keje, pinjam rm50 pinjam rm100 sampai kekadang saya terpaksa pajak barang kemas untuk dapat duit bagi kt dia. Ada beza ke bagi nafkah macam tu?
Ok last but not least. Untuk suami yang ada isteri anak tapi kaki daddah ni. Dorang tau tak bila hidup bergelumang daddah ni menjadikan kamu insan k0tor. Macam laki saya ni. Dia jadi manusia yang sangat malas mandi. Badan bau peluh tenggik. Mulut pun bau busuk. Saya sekarang ni dh tak tau macam mana nak nasihat dia untuk jadi macam dulu. Sebelum dia terjebak dengan dunia dadah ni.
Byangkan tiap kali nak tidur sama tiap kali bersama saya nak je selesai dengan secepat nya sebab tak tahan bau bussuk dari mulut dan badan dia. Saya dah belikan dia listerine, pencuci badan, penyembur ketiak, Tapi di tak nak pakai. Saya tanya kenapa tak pakai dia ckp tak perlu. Masyaallah… Sumpah saya menderita tanggung semua ni.
Boleh siapa siapa bagitahu tak macam mana saya nak akhiri penderitaan ini? Saya sebslum ni dah pernah bawa dia pergi kaunseling. Lepas tu sebelum ni saya pernah di rawat d klinik pakar psikiatrik hospital kerajaan sebab diderra menttal dan fizikal. Saya pernah dipukkul separuh mat! dan laporan polis pernah dibuat tapi ibu mertua saya merayu agar saya tarik balik reportt. Saya akur 3 tahun saya dirawat lepas tu saya stop rawatan sebab pregnant anak ke dua.
Saya tak nak bgantung dengan ubat sebab takut jejaskan kandungan. Tapi tanpa ubat sekarang saya dah mula lagi kemurungan dengan sikap laki yang semakin naik lemak. Anak2 saya urus. Habis kerja d pejabat balik rumah saya urus rumah tangga seorang diri. Dia masok keje jam 10 pagi balik tengah malam. Kalau offday dia habiskan dengan tidur. Anak2 dia pun macam tak kenal ayah sendiri. Saya benar2 penat untuk lalui semua ni lagi. Saya benar2 perlukan pertolongan. Tq.




