Hai admin .. salam ..Hide profile yaaa ..saya bukan nak menyibuk hal rumah tangga orang tapi saya ni dari dulu memang rapat sangat dengan sepupu saya harap jangan kecam. Semoga dapat dijadikan pgajaran. Saya ada seorang abang sepupu . Dia sudah berkahwin. .
Perempuan tu memang berpelajaran tapi tak sempat bekerja bagus dah kahwen and sekarang dah ade 3 anak . Sepupu saya tu kerje biasa je. Jadi life diorang biasa2 je. Tapi , saya tak faham macam mana mentaliti wife dia tu jadikan alasan dah berumahtangga so takpe lah dia jadi SELEKEH PENG0TOR dan lain2 ..
bila saya melawat rumah mak sdara saya..(diorang tinggal sekali dengan mak sdara saya) saya tengok istri dia ni sangat selekeh. bukan selekeh yang biasa2 tapi memang selekeh sangat bayangkan lah pakai baju kedah atau kurung tapi hanya baju je dan berkain batik. kadang2 kain batik tu dipakai di luar dan baju dilepaskan ke dalam. dengan rambutnya yang kusut masai. serius nampak macam orang yang tak terurus..
bila duduk tepi istri dia ni dah boleh bau badan peluh2 masam dia tu bukan nak mengata tapi kalau saya yang perempuan ni tengok pun geli tambah la laki. Dulu abang spupu saya ni memang jaga penampilan diri dan kekemasan dari lepas dah kawen dengan istri dia semuanya serba ke laut nampak. pergi kerje kekadang baju pun tak ber iron. rambut dah tak pakai lagi dah pomade2 atau minyak rambut dan rmbut yang disikat rapi macam dulu. sekarang ni saya perati dengan brjambang tak cukur dengan rambut serabai kekadang saya kesian kekadang tengok abang sepupu saya tu..
Wife dia dengan ketiak berbau, gigi kuning tu satu hal dengan bila ketawa nampak berkeladak tahi gigi kalau makan sekali memang tak lalu la bila terpandang. pelik dan hairan dengan orang yang tak pandai nak jaga kebersihan diri ni. mak sdara saya pun macam tak kisah je tak ada nak tegur2 laki bini tu saya pun pelik. saya ade lah msg adik spupu saya yang perempuan ni pasal akak ipar dia tapi dia cakap dulu dah pernah dia bagitau dan bagi hint2 pada akak ipar dia ni tapi no respond.. kemudian dia pun dah malas dah nak cakp ape tak kuasa dah suka hati diorang lah nak jd apa..
Anak2 dibiarkan berbau masam. belengas gile. Yang paling kecik tu bila pergi rumah dibiar kan je berb0gel dengan yang no 2 cuma pakai tshirt seluar enntah kemana. please la suri rumah tolongla jaga skit rumah tangga korang tu. Anak ada jaga lah bersih2 nak bagi dapat penyakit ke? Alasan dia , dia dah ada laki , dah ada anak2 . Tak payah nak lawa2 dah. ish bahagia sungguh hidup dia. Tak takut laki cari lain ke?
bayangkan lah , bedak muka pun dia tak pernah pakai . bila laki dah pandang orang lain esok baru nak jaga ke macam mane. mujur dapat laki baik .. kalau dapat yang liar? Memang melukut ditepi gantang lah kaedahnya. saya harap wife dia tu baca. Sebab dia like jugak page nie. selalu nampak dia share2 kisah dari sni. Semoga dia sedar. And berubah . Kesian dekat laki merangkap abang sepupu aku tu..




