Salam min. Ingat tak pos aku mlm semalam pasal yang aku rasa nk bunuh diri jek lepas laki aku ceraikan aku talak 3. Terima kasih min siarkan kisah aku laupun kau siarkan dah pagi. time selepas laki aku lafaz kan cerai talak 3 tu kan min, aku sedih giler aku tak tahu nk buat apa tu aku rasa nak bnuh diri.. Aku tak ade kawan2 nak luahkan, aku just bagi tau mak ayah aku dulu yang aku dah kena cerai kan.. Tu aku terus pos kat KRT nak luahkan apa yang aku rasa.
Di pendekkan cite kan min, lepas laki aku lafazkan cerai talak 3, dia tahu dulu aku pernah putus tunang dan aku pernah nk bnuh diri juga time dulu.. Aku ada rekod kat hospital dulu.. So dulu laki aku selalu cakap JANGAN JADI B0D0H SEBAB LAKI NAK BNUH DIRI.. So lepas dia terlepas cakap dia ceraikan aku talak 3 min, dia perhatikan aku jek sebab takot aku buat benda bukan2 min.. Time tu aku rasa sedih giler aku ambil pisau aku nak tikam perot aku, laki aku sempat rampas min.. Ye time tu Allah selamat kan aku, perot aku luka sikit jek kena pisau.
Time dia rampas pisau tu dia jerit JANGAN JADI B0D0H SEBAB LAKI KAU NK BNUH DIRI HAH!! tulaa dia terus ckp kt aku, benda nie TAKDE SIAPA YANG TAHU HANYA KITA BERDUA JEK TAHU.. so kita rujuk berdua jelaa.. Dia cakap dia mintak maap sangat2.. Sebab dia terlepas cakap talak 3. Dia kata dia tak boleh kawal dah marah dia. Aku tak nak subahat min tu yang aku bagitahu mak ayah aku dulu.. Laki aku dah ceraikan aku talak 3.. Pastu bagitahu family mertua aku..
Ye min mlm tu aku nangis sekuat2 nya min.. Aku nangis bersungguh2 aku ngadu kt ALLAH.. sambil tu aku bukak pages KRT nak tengok komen2 yang boleh buat aku sedar.. Tapi kau pos lambat so aku tengok esok paginya laa.. Terima kasih semua yang komen.. Aku tersentap baca komen2 semua.. Tersentap maksudnya macam tersedar laa betol apa yang semua orang komen.. Buat apa aku nk JADI B0D0H SEBAB LAKI.. macam yang suami aku ckp sendiri.. JANGAN JADI B0D0H SEBAB LAKI NAK BNUH DIRI.. terus aku cakap kt diri aku.. Tak ape mungkin lepas nie ALLAH NAK BAGI AKU LELAKI YANG TERBAIK dari suami aku..
Mungkin ada hikmah semua nie.. Pastu kan min esok pagi sebelum laki aku antar aku balik kampung dia msg aku macam nie sebab aku kan langsung tak bercakap or pandang muka dia sejak dia lafas kan cerai tu.. So dia whatsapp aku.. Kalau betol2 talak tu jatuh talak 3, dia suh aku carik laki kawin then cerai.. So dia dapat bersama dengan aku dan anak aku semula.. Dia kata dia tak kesah tunggu aku.. Janji dapat bersama aku dan anak aku semula.. Dia suh aku carik laki min.. Kawin n then cerai supaya dia dpt balik semula kt aku.. Tu kalau betol2 talak tu sah jatuh talak 3..
Pastu dia kata kalau jatuh talak 1, dia nak rujuk balik semula dengan aku.. Tapi kan min, aku dh tawar ati dengan dia min.. Aku cakap jangan tunggu aku.. Aku cakap aku tak nak rujuk balik dengan dia kalau cuma jatuh talak 1 jek.. Tapi aku macam pentingkan diri sendiri jek min bila aku ego tak nak rujuk balik dengan dia.. Sebab anak aku rapat sangat sangat rapat dengan laki aku.. Dari dia lahir sampai besar min, anak aku setiap malam tido dengan laki aku.. Setiap malam laki aku uruskan anak aku.. Tukar pampers, buatkan susu, tido kan anak dll.. So aku setiap malam dr anak lahir sampai beso aku just tido n relax jek..
Sebab dia kata aku dah jaga anak time dia keja.. So dia balik keja, dia pulak uruskan anak.. N then anak aku TAK BOLEH TIDO MLM TANPA LAKI AKU.. mesti meragam terjerit2 dan sebagainya.. Sebab time raya aku pnh balik kampung 2 minggu dengan anak aku.. Laki aku kena kerja kan.. So sepanjang 2 minggu aku kt kampung anak aku tiap2 mlm jerit2, meragam, menangis n sebagainya bila daddy nya takde.. So, mak ayah aku ckp, adik beradik aku ckp.. N semua ckp JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI.. PIKIR ANAK.. kalau talak tu betol jatuh talak 1 jek..rujuk laa balik dengan suami..
So min, aku serba salah.. Aku nk pentingkan diri aku ke or aku nk pentingkan anak aku yang rapat sgt2 dengan daddynya.. Aku keliru laa min.. Jangan laa kecam aku ye.. Aku just luahkan jek.. Terima kasih semua yang bg kata2 semangat..Jangan kecam aku ye.. laki aku cerai kan aku malam n then esoknya aku terus pergi majlis agama islam negeri….. n then dia suh pergi pejabat kadi baru laa kt sana dapat senarai dokumen isbath cerai..
Dia suh aku sedia kan semua dokumen tu buat 4 salinan.. n then pagi nanti 6 hb aku baru antar.. doakan allah permudahkan urusan aku ye semua.. aku pergi uruskan nie semua dengan bekas suami aku n bawak anak aku skali.. sebab aku tak nk susahkan mak ayah aku.




