Assalamualaikum admin.. Tolong share luahan hati aku ni.. Moga wife aku baca cerita aku ni dan secepatnya balik kerumah. Wife aku dah seminggu tak balik rumah jumaat lepas aku balik kerja pukul 8 malam tengok pintu rumah aku terbuka dan gelap gulita sebab tak ada yang nyalakan lampu aku masuk ke bilik tengok2 je baju wife aku semua dah tak ade. Aku terus call dia. first dia reject call aku. Smpai yang ke berapa puluh kali ntah aku call baru dia nak angkat call aku, dia kata dia kat rumah kawan dia, dia tak akan balik lg dah .. Dan dia minta talak kat aku .. Sebab dia kata aku ni suami tak guna, aku tak boleh membelikan barang kemas dan yang dia nak..
Ye memang dah hampir sebulan dia asyik meminta benda yang sama. Barang kemas yang dia tengok diinstagram.. Kalau setakat 3 atau 4 rb aku masih ada duit, ni smpai puluhan ribu harga dia .. Hari2 dia tanya aku benda yang sama, dah dpt duit ke blm .. Hari2 dia desak aku .. Aku kata sabar .. Aku tengah berusaha cari kerja sampingan dan pinjam dengan setiap orang yang aku kenal .. Pdahl sebenarnya aku sangat malu nak pinjam duit dengan kawan2 aku, terlebih lg kat sedara aku..Tapi demi wife aku, aku sanggup hilangkan perasaan malu tu ..
Selama sebulan aku tido tak lena , makan pun tak kenyang memikirkan permintaan wife aku tu .. Dan skrg duit yang diperlukan dah hampir terkumpul tapi wife aku tinggalkan aku macam tu je .. Selama seminggu aku tak masuk kerja, sebab aku berusaha cari wife aku, semua rumah kawan dan sedara mara dia aku dah cari, tapi semua mengatakan wife aku tak ada dengan dieorang .. Whatsapp dan fesbuk aku dah kena block dengan bini aku, number pun dia mgkn dah tukar .. Sebab dah seminggu aku tak dpt call number wife aku .. Hari2 aku bermandikan air mata mengenang wife aku .. Dimana dia, apa yang dia makan, dimana dia tidur .. Aku tak sanggup kehilangan wife aku min .. Tolong lah kalau awak baca ni awak balik, awak jgn buat abang macam ni..Hanya awak yang abg punya.. Abang berjanji akan penuhi setiap kemahuan awak asalkan awak balik kerumah.. Mohon doa dri kawan2 KRT.




