Salam min. Ko hide profile aku tau. Aku ni 33 tahun, ada suami and anak 3. Aku kawen waktu umur 21, husband pun sama umur. Husband aku kawan aku masa kt study dlu. Lps SPM trs dpt tawaran bljar n terus kerja di sebuah syarikat oil & gas. So umur 20 da kerja. Husband aku bukan sorang yang romantik, aku rasa dari kawan sampailah skrg x sampai 10x kot ucap I LOVE YOU. Tp dia luah dari cara dia layan aku. Mula2 aku terasa gak, dia ni syg aku ke tak ni. Mcm tak jer, hahah.. Ni kalau husband aku tau mmg kena sekeh dah dahi luas ni..
Aku pernah kunci hati and keraskan hati suatu ketika dlu. Yelah, 1st experience aku bercinta ke laut doh. Pastu aku tekad taknak caya lebih, taknak bergantung dgn laki. So almost semua aku buat sendiri. Selagi aku dpt aku buat sendiri. Jgn kecam husband aku, dia tlg aku jg anak semua tu tau. Husband aku ni boleh tahan jg lh main game, tp console game. Ps3/4, xbox semua ada d rmh. Skrg anaklh sambung. Tak lyan pubg bagai. Masa befday or anniversary aku mmg bg hadiah game or ganti wallet dia ke. Bgs lg aku tgk dia main game don mata dr merayau tak tahu hala tuju. Haha.. Tp kalau turn befday aku ke dia jrg bg hadiah, bg bunga jer. Tu pun makin sikit jer kuntum. Hahha.
Aku penah fikir, buat apa aku yg beria nak bg hadiah bagai padahal dia tak pulak bg aku. Tp lm2 aku fikir lg, kalau tak bg husband aku nak bg siapa lg kan. So aku trskan bg dia mcm2, sambil tu aku bg hint jgn kedekut dgn bini. Skali skala beli hadiah jg utk bini. Jgn slh fahan yer, nafkah ok semua ok. Takde mslh duit sbb gaji msg2 dlm 5-6k. Bayar umh kreta semua bg 2. And lately bila dia masuk 30 jer everything berubah. Asal outstation jer mmg satu beg tu khas beli brg utk aku. Aku tak mintak ni. Lps tu nak bekepit jer 24 jam, nak pg kedai runcit dpn umh pun nak teman. Kdg naik rimas jg lah. Yelah, dlu aku biasa buat keja tu sorg2 skrg sibuk nak teman.
Pasal rumah memang husband aku yang kemas rumah deco semua tu sebab aku tengok dah macam hobi dia balik kerja jumpa sofa posisi lain dah cuma dia tak masuk dapur. Territory bini kot. Kalau aku outstation dia akan cuti jg anak walau anak tu masih bby umur bbln2 lg. And satu lg kan, dia suka tenung muka aku time tido. Pastu cium2 dahi. Scary kot. Hahha.. Dlm ko tido ko boleh rasa ada org tenung ko lps tu ko buka mata trs nampak muka dia.
Mmg lelaki kalau dah masuk 30 mmg mcm tu ke? Sikap jealous tu kdg obvious sangat, slalu cek hp aku. Haha.. Bila fikir semua ni, sengih2 sorg aku min. Comel jg eh. Tak2, apa aku nak sampaikan just terimalah husband korg seadanya. Diaorg akan berubah mengikut faktor usia. Kalau kau iklaskan hati tlg husband ko, redha apa yg kau lakukan demi dia, lambat laun kau akan dpt hasilnya. Kebahagiaan tak dtg bgolek, ia perlu dicari. P/s : jangan redha bodoh. Kalau yg mendatagkan kemudaratan, tinggalkanlh..




