Salam Min. tolong siarkan. aku dah abih fikir dah ni. Hati aku dah tawar dah tak de rasa dengan bini aku sebab aku rasa dia bukan team aku. Dia bukan jenis pr0tective. dan dia macam anggap keluarga kecik kami ni ( aku dan 2 orang anak aku) sebagai sebahagian hidup dia. dia bukan jenis manja bukan jenis nak caring2. kalau takat dengan aku je tak kisah sangat. Ini anak2 pon kena tempias dek perangai dia tu.
Aku rasa dia ni bukan jenis dikalangan hidup bekerluarga. sebab dia tak kisah. kadang aku dengan anak2 dok depan tv. dia boleh lalu macam tu je. Tak ade pon dia nak cuit2 ke.. nak tegur2 ke. kurang2nya buat la macam kami ni ada kat situ.. anak2 pon kalau nak tanya or nak cerita. Kecewa macam tu je la.
Dia kalau tengok tv memang tengok tv betul. kau jangan la sembang or tanya apa. memang tak kan dengar. Sama macam tengah berdoa. Berdoa je pon. bukan tengah solat. Kalau aku ke anak aku ke tanya. dia membatu tengah berdoa. stress aku walhal boleh je angguk ke. atau buat isyarat jap ke..
Paling tak boleh tahan. dia bukan jenis amik berat kalau ko sakit ke demam ke. korang jangan kata sebab aku tak layan dia. Jangan cakap aku ni cerminan dia. aku ni kalau dia puasa aku dari tengahari dok sibuk cari tempat makan yang best2 nak blanje dia berbuka. kadang tu aku yang balik masak. kat rumah bukan aku dok saja. kemas umah, jaga anak. kirenya aku bukan jenis keluar lepak malam atau tinggal anak bini kat rumah aku happy2 kat luar.
Stress ya Allah. aku takde pompuan lain. Tak ade nak buat perangai apa. yang aku harapkan dia jadi isteri dan ibu je pada anak2 aku.. Aku rasa dia sekarang ni cuma macam bibik je sebab kerja rumah walau tak lah sekemas mana pon tapi dia buat macam masak lipat baju basuh baju iron baju itu je la lebih dari tu tak ade sampaikan nak ajar anak belajar iqra ke buat homework ke memang tak la.
pendek kata kalau rutin hidup dia cuma A ke B Ke C ke D itu je la kau jangan harap dia nak improved jd Ke E ke F ke G ke memang tak. Tolong lah aku dah buntu. aku rasa aku dah hilang sabar dan dah tak bleh nak teruskan dah. Susah gilla nak didik dia ni. aku ni kat tempat keje keje dengar masalah orang bagi tips2 untuk kebahagiaan orang. Tapi kena kat aku. Aku buntu sebab usaha dari dia tak de….
ko bayangkan. kalau asyik kau je berusaha. tanpa jemu. tapi hasilnya tak ade. kau rasa kau kuat ke nak bertahan eh batu dalam gua pon berlekuk kalau asyik kena air. tapi bukan wife aku. ajarlah macam mane pon. pernah pergi jumpa kadi. pakar kaunseling. Sampai diorang kata tak ade salah pon apa yang aku mintak. memang itulah wanita sepatutnya jadi. ibu kepada anak2 dan isteri kepada suami.
Pada bawang2 yang malas baca ni aku listkan apa point aku.
1. Aku nak bini aku ni ada sifat kasih sayang dan cinta pada keluarga kami.
2. Bergurau. bercerita dan wujud dalam family kecik ini.
3. Ada jiwa dan ada disaat kami perlukan seorang ibu dan isteri.
4. Pengurus kepada keluarga
5. Apa yang sepatutnya seorang isteri kena jadi.. dia lah ibu. dia lah isteri dia lah kawan. dialah sahabt setia. dialah segalanya)
Aku nak rasa hidup bekeluarga yang mana ada senda gurau suami isteri. tengok anak2 dapat manja dan kasih syang seorang ibu. wife aku tak ade benda2 ni. kosong. Jiwa tak ade. hambar hubungan kami.




