Assalamualaikum min. Aku cuma nak meluahkan perasaan. Malam ni aku sedih sangat2. Sedih bercampur rasa bersalah terhadap anak2 aku. Lepas mgrib tadi, anak aku mengadu lapar, aku marah dia. Aku kata asyik lapar je. Tau nak makan je 24 jam. Ye lh, aku pikir bdk2 golek2 dlm rmh tgk tv, lps tu dh bosan mntak makan. Anak aku 2 orang perempuan, sorang 12 tahun, sorang 6 tahun. Lepas mereka dah tdo, aku pun rasa lapar. Kami makan nasi petang tadi dalam kul 4. Sebelum tu anak2 cuma makan greng pisang rm2 je. Sebenarnya laki aku belom dapat gaji. Jadi aku jimat2 makan. Aku sengaja masak lambat2, biar lambat boleh makan dan lambt lapar balik. Sedih nya aku.
Bersalah ke aku sebagai ibu tak bagi mereka makan. Tapi memang lauk dah habis, cuma ada telor 2 biji je. Esk ni pn taktau nak makan nasi lauk apa. Cma ada bihun, telor dan ayam sikit je. Memang tak cukup untuk kami 4 beranak. Lepas anak dah ttdo (tu pun aku yang paksa mereka tido awl, sebab aku tak nak diorang mengadu lapar lagi) stelah rasa bersalah, aku kejut anak sulung aku untuk bngun makan nasi. baki nasi petang tadi ada lagi ckit, cukup untk dia dengan ada kuah tomyam sikit. Tapi budak dah tdo, dia tak bngun dah.
Untuk pengetahuan korang jugak aku tengah pregnant 3 bulan, ada alahan sikit2 dan aku pun terpaksa ikat perut aku tahan nafsu aku nak makan apa2. Sejak 3 4 ari lps aku makan nasi lauk hati dan kaki ayam je. Hari tu gi pasar beli ayam, peniaga tu bagi free kaki dan hati ayam sebab ada orang tak amik. Suami aku ada je ni.. Aku tak cite apa pun kat dia. Aku masak bagi dia makan macam biasa. Gaji dia memang lmbt, dalam 4 @ 5hb baru dapat. Ni pun rasanya dah hampir 2 mi ggu kehabisan duit blanja. Tu pn aku rasa dia ada pinjam duit dgn kawn dia dh. Gaji dia kecik jer, 1000 je sebulan.
Sebelum ni aku kerja kt kantin skolah rendah, sejak alahan aku berhenti kerja. Awl2 pregnant ari tu aku alahan teruk. Demam berminggu. Skarang pn cpt penat. TAKboleh buat kerja bnyk sgt. Ok lh… Tu je lh aku nak luah min. Rasa lega ckit dapat meluahkan kt cni. Aku cuma meluah je. Sebab aku tau takde sape bleh tlg kami, melainakan kami sndiri. Maafkan aku ayat berterabur dan terkasar bahasa. Aku tengah sedih dan rasa bersalah sgt ni. Terima kasih min siarkan kisah aku. Terima kasih pembaca ats nasihat dan komen korang.




