Hai pembaca KRT, apa kabar semua harap baik-baik je. Aku tak tahu di mana nak mulakan. Aku sebenarnya happy sangat-sangat. Macam ni min, hari tu husband aku ada ckp nak jual tanah dia, tanah tu adalah tanah pusaka arwah bapa mertua ku. Husband aku ni 2 beradik je, jadi klu di jual tanah tu dapat la RM300K setiap seorang mungkin lebih lagi. Aku ckp kat suami klu jual tanah tu jgn kecoh-kecoh, nanti ada la yg dtg mengaku saudara.
Syukur dia dgr cakap aku. Baru kelmarin aku pi cek acc bank aku tetiba aku terkejut gila ada RM100k lebih dlm acc aku min. Aku tanya Husband aku, dia senyum. Rupanya betul la dia dh jual tanah tu. Ohmaigodddd !! Aku betul-betul tak percaya igt dia main-main je. Sebelum ni pun dh byk kali dgr dia ckp pasal nak jual tanah sjk 4thn lalu tapi xjugak jadi.
Syukurla dia xlupakan aku. Utk ank-ank pun dia dh masukkan 20k setiap seorang. Aku ada 3org ank. Dekat MIL dia bagi 20k. Dan yg selebihnya dia simpan dlm acc nya, katanya mahu buat rmh baru. Aku bersyukur sgt, selama ini aku tak pernah meminta apa-apa yg lebih dari kemampuannya. Aku tak pernah minta di belikan emas, aku tak pernah minta duit utk pi shopping, aku nak apa-apa aku guna duit aku sendiri.
Aku cukup berjimat min, sebab aku tahu suami aku bkn bergaji besar pun, aku byk membantu suami aku dlm mencari nafkah. MIL aku dulu xpernah sukakan aku, tapi sekarang aku nampak ok dah, mungkin dia byk melihat aku byk berkorban dan kerja keras utk membantu suami aku. Alhamdulillah…..
Mungkin ini berkat kesabaran aku selama ini. Aku jarang beli baju baru, aku jarang beli tudung baru, walaupun dlm hati aku, aku nak ‘ada’ cam org lain ada. Tapi aku lebih mengutamakan keperluan ank-ank. Bagi aku, aku tak berganti baju baru pun xpe lah janji ank-ank aku cukup segalanya. Bkn aku inginkan ank-ank aku hidup dlm kemewahan tapi cukuplah dlm kesedarhanaan tidak sesekali hidup dlm kekurangan. Takkan sesekali…
Kata suami. Duit yg di berikan itu bkn apa-apa, tak memadai dgn pengorbanan saya selama ini. Dia mahu saya gunakan duit itu sebaiknya. Saya hanya mampu terdiam tak terkata. Saya tak jangkakan langsung pun akan ada duit sebanyak tu. Tak sangka, mungkin ini rezeki dari Allah utk kami ank beranak. Alhamdulillah..
Buat suamiku. Terima kasih. Saya akan gunakan duit ini utk ke arah kebaikan. Bagi saya duit ini bkn utk saya, tapi dia ini adalah AMANAH, saya akan gunakan duit ini utk ank-ank dan masa depan kita. INSHAALLAH…
TQ min…
Nurkilan Rasa
Aku Isteri yg bertuah