salam warga KRT. mohon hide profile saya.umur saya dah hampir 40 tahun, dah berkahwin selama 14tahun dan mempunyai sepasang cahayamata. Masalah saya adalah saya sangat tertekan dengan sikap suami saya sendiri. saya rasakan yang dia dah tak cintakan saya lagi. Dia kurang bercakap dengan saya, sangat dingin dan saya rasakan seolah olah saya ni orang asing bagi dia. mungkin kerana saya tak cantik.. gemuk dan hodoh. Dia dah tak bergurau dan bercerita dengan saya seperti mula mula berkahwin dulu.
Saya perasan dia berubah selepas saya eksiden pada tahun 2010 dan meranapkan kereta kesayangan dia. Sejak dari itu,dia dingin dan tak bercakap dengan saya walaupun saya cuba untuk berbual dan bercerita. Saya cuma bersabar dan bertahan sehingga ke hari ini. setiap hari hidup saya bermandikan airmata. untuk pengetahuan semua saya seorang wanita berkerjaya dan sangat menjaga penampilan diri walaupon badan agk berisi. tiada apa yang saya mahukan selain merasai kembali kasih sayang dia terhadap saya. Ape yang perlu saya lakukan… hati saya dh takd lgsung perasaan pada dia tapi saya hnya bertahan kerana ank ank yang sangat rapat dengannya.
untuk pengetahuan admin juga,suami saya takpernah memuji jika saya memasak atau buat perkara lain pada dia, dia sangat tak romantik dan saya rasakan yang dia sangat tidak menghargai saya.
tolong doakn semoga saya terus kuat kerana saya sangat sayaangkn rumahtangga saya. Apa lagi yang harus saya lakukan selain bersabar dan berserah? Sampai bila ? Jika dia dah tak menyanyangi saya, kenapa dia tak lepaskn saya.. Saya cuba untuk berbincang tapi dia selalu mengelak.Dingin. Sangat dingin. Bantu saya ye.




