Assalamualaikum.. tq admin ada ruang krt ni untuk sedikit luahan.. mohon hide siapa saya.. saya tak pasti ada ke anak saya dalam krt.. bagi saya cerita sedikit cerita sepenuhnya. saya ibu tunggal 3 orang anak.. berusia kini 41 tahun.. pernah kawen di usia muda dlm lingkungan 18tahun.. tapi perkahwinan pertama gagal saya ada 2 anak.. dari hasil perkahwinan pertama.. alasan kegagalan kerana ex curang 5 tahun dalam 10 tahun usia perkahwinan kami.. macamana dia curang mgkin tak perlu saya ungkapkan.. kerana saya dah lama redha. dgn penceraian itu..
ex saya nikah selepas 7 bulan penceraian kami. anak2 saya memang tak ambil kerana alasan pertama.. tanggungjawab dia.. kedua saya tiada tempat tinggal hanya menumpang dan taktinggal setempat.. taknak anak2 merempat dan saya yakin mil saya boleh jaga Mereka dengan baik. dari agama dan pelajaran mereka. jika mampu saya ziarah anak2 min. ada rezeki saya tak lupa mereka..
selepas 8 tahun menjadi singgle mum saya nikah dgn pilihan hati saya… seorang yang bujang.. agak muda 3 tahun dari saya. alhamdulillah kami di kurnia sorang anak tercomel walau anak saya ada duplex kidney atau mudah dalam bahasa melayu buah pinggang 8..4 kanan dan 4 kiri.. alhamdulillah.. dia terlalu comel.. kaki tangan dia tak sesempurna insan lain.. walau macam tu dia.. boleh berjalan secara normal tapi awal bulan 11 tahun lepas. atau 5 bulan lalu suami saya meningg*l. .usia perkahwinan dalam kurang 6 tahun, kami bersama. dan mula la sedikit demi sedikit ujian pada saya min..
jika nak cerita a sampai z mungkin tak mampu. saya memang berniaga kecil2an di tepi rumah. dari arwah suami ada hingga kini.. nak pendek kan cerita
anak sulong saya dah berkawin. kini berniaga.. baru2 dia bagi resepi ayam lidi yang dia niaga.. dia kata ayah dia dapat resepi dari sesorang yang jual ayam lidi tu.. min pejalanan jarak jauh rumah saya dan anak makan masa 2 jam..agak jauh
Tak sangka semalam anak sulong saya mengaibkan saya di fb dengan nada yang kasar dari anak kepada ibu sehingga dia kata tak menghalal kan ape yang saya jual.
Dia kata saya ciplak hasil jualan. dia kata merangkaklah saya mohon ampun dari dipadang masyar nanti.. ..allahuakbar.. bahasa yang cukop kesat..airmmata saya gugur laju..sehingga hati saya jadi hitam menyata takmenghalal setitik air susu dan tak menghalal kan darah saya yang mengalir dibadannya. dosakah saya.. jual atau niaga benda yang sama.. tapi kami tak setempat. susah senang saya takpernah minta sesen dari anak2 saya min. saya minta pendapat dari semua sahabat.. apakah teruk sangat saya sebagai ibu.




