Assalamualaikum admin. Hai semua warga krt. Sini tempat meluahkan perasaan dn ramai yg beri komen2 positif dan negatif. Sekarang ni aku harap admin dpt pos luahan dendam aku ni. Aku dh kahwin. Aku ada suami. Tapi mcm tak wujud. Hubungan kiteorg pon. Mcm renggang.. orang lain berabang sayang. Kiteorg. Lebih mcm kau aku. Aku baru nikah. Dlu aku janda anak 2. Aku tak rasa kemanisan rumah tangga. Suami aku tak pandai mainkan peranan. Baru luang masa kejap kt rumah. Dgr anak2 aku nangis dia dh terjerit2 marah. Aku pernah mengamuk. Kalau aku tak bela. Siapa nk bela anak2 aku. Aku taknak anak2 aku emosi terganggu. Aku taknak dorg alami mcm mana aku alami masa zaman kanak2 aku dulu. Sakit yg amat. Kebetulan masa aku mengamuk dpn member dia.
Sekarang yang buat aku betul2 emosional dan down giler bila kawan dia hina aku dan dia 100% tunding kesalahan kat aku kononnya aku isteri kurang ajar. Dia tak tahu. Hari2 aku punya mental dikerjakan laki aku mcm nk giler. Penat tahu. Aku tak kerja. Anak2 100% aku sendiri uruskan. Lagikan rumah. Aku isteri kurang ajar ke?? Orang luar ada hak ke masuk campur urusan rumah tangga orang lain. Aib aku dijaja bukan main dgn kawan dia tu .. sekarang ni aku mmg betul2 tawar hati. Aku nk cerai. Aku menyesal yg amat. Mcm mna nk hidup dgn dia kalau ad orang luar masuk campur.
Dgn dia pon suka buat hal sendiri. Aku takde tempat nk berkasih sayang walaupun aku ad suami. Suami aku balik kerja mengadap hp. Bangun tidur hp. Aku sunyi. Tapi belom pernah terdetik nk curang cari teman geli geli. Sebab aku sekarang makin meluat dan bertambah geli dgn lelaki. Aku tak pernah minta pape selama dgn dia. Aku dpt balik kampung. Aku kerja cari duit aku dgn anak2. Aku minta zakat untk anak2 aku. Tapi aku masih dipandang keji dan hina.
Aku rasa mcm amat2 hina skrg ni. Down yg amat sgt. Seolah2. Anak2 dan aku ni membebankan dia.. kawan2 semua tunding jari kt aku. Kata aku ni tak sedar diri. Dh dikutip. Tpi belagak. Demi allah. Selama apa yg aku ada ni. Semua hasil titik peluh aku sendiri. Sepender aku koyak pon. Aku tunggu duit bsh nanti . Baru aku dpt beli. Adik beradik laki aku pertikaikan pasal duit bsh kenapa dpt kt aku.. aku jawap la. Aku dari dulu mmg mohon. Dari bujang . Kahwin sampai janda. Aku dpt. Laki aku tak pernah pon isi borang. Siap belagak lagi taknak. Bila isi. Tgok nama aku yg naik.
Family dia plk bising2. Laki aku jarang bagi nafkah kt aku. Aku cuma mnx ckup la untk makan mnum anak2 sebulan. Kiteorg skit pon tak demand soal makan. Janji perut terisi dh memadai. Kadang klau tengok gaji dia lebih. Aku minta duit rm50 je. Tu pon kadang dapat kt laki aku semula. Aku dpt duit zakat banyk pon . Aku bagi juga sikit kt laki aku. Tapi aku juga yg dihina difitnah kawan2 dia. Dia sikit pon bela.. siap kawan2 dia cakap. Dorg lebih kenal laki aku. Tapi hakikatnya. Aku lebih tahu.. aku diam. Sebab aib suami aku. Tapi dorg melampau hina aku. Canang cerita aku.
Rasa menyesal kahwin dgn dia. Aku nak cerai. Tapi dia taknak lepaskan aku. Cakap aku ni perempuan bod0h. Sikit2 nak cerai. Siapa tahan. Kalau hidup sekadar jadi tempat bila perlu je.
Aku ni manusia nk juga berkasih sayang mcm orang lain. Aku betul2 down skrang ni. Dari semalam nangis sampai hari ni. Aku tak sampai hati nk bagithu mak aku. Harap ad yg boleh bagi idea bernas. Kalau laki aku boleh jual. Aku lama dah jual. Kalau ad yg sudi beli dia. Aku tak tahan hidup dgn dia..




