Salam min hide fb aku, aku top fan. selalu aku komen, ada nasihat dn sebagainya, tapi aku just nak share kisah hidup aku. Sebablom ni aku dah pernah pm admin, tapi admin tak siarkan. It’s okey.. Okey nak cerita ttg perkahwinan kedua aku ni min, laki aku yang ni memang romantik, suka manjakan aku, pendek kata dia layan aku macam budak kecik yang manja. Memang berbeza dengan laki pertama aku, walaupun dengan laki pertama, boleh dikatakan perkahwinan kami macam rumahtangga orang tua².1st asben aku suka dengan aktiviti orang tua, politik, duduk masjid(bagus,tapi jgn smpai abaikn isteri) dengan 1st asebaben juga, aku tak pernah pergi tgok wayang sebab dia kata dosa… Aku takboleh dgr radio, lagha katanya, nak dgr pun dgr radio ikim.
Aku bkn menolak didikan dia utk jdkan aku isteri solehah tapi terlalu banyak yang tak boleh smpai aku rasa aku hidup dizaman batu. Dengan 1st asben tu juga, die tak pernah pujuk aku bila aku merajuk, pernah aku tidur dlm bilik air sebab merajuk dn dia biarkan shj. Aku pernah jumpa dokter psikitri sebab cubaan utk bun*h diri, actually aku bkn nak bun*h diri, aku cuma nak tarik perhatian dia, tapi still dia dengan keegoan dia.
Aku mengadung, apa aku idamakan die tak pernah cari smpai la anak ke lima, bila aku mengidam aku buat dono je sebab dh mls nak cakap kat dia. Fyi etak aku tu orang masjid, warak, solat takatinggal, anak yang patuh, ayah yang baik,bab nafkah zahir pada aku memang takpernah kurang, tapi min, aku kurang kasih sayang dn perhatian dia. Setiap mlm dia balik lewat smpai pukul 12/1 am sebab mesyuarat politik dia.
Ok pendekkan cerita, hati aku tak bahagia dengan 1st marriage aku. Aku rasa macam orang gaji yang buat kerja rumah setiap hari dan jga anak².Tapi dah bercerai so aku kawin kli ke dua, spt yang aku cakap kat atas td, 2nd asben aku romantik bla bla bla tapi. Mulut dia min.. Mulut dia celupar. Salah aku sikit dia bangangkan aku, dia bod0hkan aku. Td pegi pasaraya, depan orang dia cakap nak terajang aku, walaupun memang die takpernah naik tgn, tapi ayat dia tu buat aku rasa sakit hati.
Pernah dia marah dn baling mangkuk smpai pecah, baling cawan smpai pecah.. Tapi still dia takbuat kat aku, tapi dia memang sgt baran. Hal kecik je dia nak melenting, oleh krn dia sllu cakap aku bod0h, satu hari aku blas blik cakap dia aku kata kalau abang cerdik abang tak hisap rokok lepas tu dia naik angin lagi dia cakap aku kurang ajar, suka menjawab. Kitorang kawin taksmpai sebulan lagi tapi memang dh selalu bergaduh teruk dn aku cakap nak cerai.
Memang aku rasa nak bcerai sebab laki aku takde duit, kami sama² mniaga kedai makan tapi dlm kmpung je dn memang takdpt banyak duit, dpt sikit² hbis beli brg, rokok dia bil air api, bil tapion dia, pendek kata duit niaga hbis kat dia dn kedai je.. Aku ni kerja dpt penat, dah la anak aku, aku mntk tlagi mak aku jga langsung takbg duit. Mujur la duit sara anak² aku, ex aku bg. Tapi aku masih boleh bersabar lagi, yang paling aku takathn dengan sikap berlagak dia, Dulu dia memang hidup senang, makan sedap dn sebabangnya, tapi bila dah susah ni, aku suruh dia ubah gaya makan, makan apa adanya, tapi tak.. Dia taknak..
Nak makan yang mahal²..bila aku tegur melenting. Aku takatau la smpai bila aku boleh bertahan, kadang² aku rasa hidup sndiri lagi bagus, takyah susah² jga laki, aku boleh besarkan anak² aku je. Tapi perasaan sayang tu ada juga pada dia, campur dengan kesian sebab duit die hbis banyak dh,lepas tu dia tinggal smua kluarga dia, kerja dia sebab nak dtg duduk dkat dengan aku. Dan kelmarin, dia cakap nak buat aku mengandung, supaya aku takkn tinggalkan dia. Tapi min.. Seriously perasaan aku kat dia 50/50.




