Assalamualaikum admin..sebelum tu mohon hidekan fb nie..aku guna fb kawan aku..aku nak kongsikan cerita aku mungkin cerita aku tak sederita cerita orang lain tapi aku hanya minta pendapat sahaja.maaf kalau cerita aku panjang…aku seorang isteri yang bekerjaya berusia 28 dan suami muda setahun dari aku..suami aku anak bongsu aka anak kesayangan MIL…aku baru sahaja berkahwin tahun lepas december dan tingal berjauhan dengan suami (PJJ ) aku di kl dan suami di utara..sebelum aku berkahwin aku ade kisah silam aku tapi suami tetap bersungguh2 nak bina rumah tangga dengan aku dan dia tak kisah tentang kisah silam aku..
Sebelum aku di ijab kabulkan aku berusaha untuk berubah dan bertaubat kesal dengan masa silam aku alhamdulillah suami aku banyak membantu aku dari segi solat dan sekarang aku da pon bertudung..tapi MIL aku tak penah sukakan aku dari sebelum kahwin sampai la sekarang usia perkahwinan aku 7bulan..seboleh2nya dia nak kami berpisah sebabkan latar belakang aku anak yatim piatu dan jugak masa silam aku..memandangkan aku dan suami berjauhan.. macam2 cara dan fitnah MIL aku buat untuk aku dan suami berpisah..sekarang timbul issue baru 7bulan kahwin tapi masih belum ada rezeki untuk pregnant..dia cakap aku mandul..dia da beria suruh suami kahwin lain dan ceraikan aku..
Aku penah tanya pada suami hal cerai tapi suami tetap pretend aku..dia takkan ceraikan aku..aku sayangkan rumah tangga aku..tapi dalam masa yang sama aku tak tahan dengan MIL aku selalu sakitkan hati aku..aku da cuba buat yang terbaik..amik hati dia tapi dia lansong tak pandang aku..kalau balik kampong suami aku cuba tolong dia kat dapur di hempas nye kuali tanda tak suka aku ada kat situ..kalau aku masak dia buang semua ape yang aku masak..aku da tak mampu nak telan..patot ke aku undur diri untuk kebaikan mak mertua aku??




