Salam semua… Aku nak luah kat sapa tak taw… Ari nie suami aku dapat gaji.. rm 500 ja. Rumah sewa 300 api air 100. Anak sek. Memang tak cukup. Kami makan bercatu. Aku terasa ati.. Suami aku pesan jangan beli macam2 jimat sama… Tapi hari nie suami aku dapat gaji dia joli 200.. Tinggal aku 300… Memang aku sedih sebab aku pkir anak2 aku makan tak cukup… Aku gaduh dengan suami aku.. Dan dia halau aku dengan anak2 dari rumah sebab aku tegur perangai dia yang pentingkan diri. aku masih bertahan dalam rumah nie sebab aku pkir anak2… Nie kali keberapa pun tak taw aku kena halau.
Dulu aku penah kena halau aku lari dari rumah bawak anak umr 4 bulan bila anak dah besar 3 tahun dia mai cari aku dengan anak Selama tidak duduk bersama memang dia tak pernah bagi nafkah kepada anak.. Dia datang pujuk.. Masa tu memang aku dah tak dak ati kat dia… Bagi aku.. Hidup aku dengan anak aku ja.. Sampi kes kami ke mahkamah jugak… Akhir nya aku bagi peluang ke 2… Dia berjanji tak kan sia2 kan aku. Dia tak bg aku kerja… Dia nak aku fokus 100% pada anak dan dia.
Sekarang anak aku dah 2. Dia mula ungkit semua pemberian dia.. Tadi lagi sekali aku di halau. Saat aku tak punya apa2. Aku rasa di tindas oleh suami sendri… Aku rasa terlalu hina nya seorang isteri yang tidak bekerja dan mengharap kan belas ehsan mknan dan minuman dari suami… Setiap tutur kata org berduit blh menguris hati… Btl la org kata duit blh bt kita lupa diri… Untuk suami aku… Aku sabar kerana anak2… Jika 1 hari nanti aku kluar dari rumah ini… TAK kan aku berpatah balik… Skali aku melangkah selama nya aku pergi… Saat itu engkau tidak pnya apa2 di hati aku…engkau cari la yang lbh terbaik dari aku… Memang aku bukan terbaik bg engkau wahai suami.. Tp aku dah cuba terbaik untuk anak2 aku.




