Assalammualaikum min. tolong hide nama aku tau.. macam ni kisah aku..
aku dengan bekas suami dah kawin 8 tahun.. sepanjang tempoh tu, nafkah untuk aku memang langsung takda, hanya nafkah utama ja dia bagi..
tempat tinggal, mkn minum. pakaian 1 tahun sekali.. aku bekerja sebelum ni min, rumah kami kongsi bayar, dalam tempoh aku kawin ni, segalanya share bayar.. sampaikan kad bank aku pon bekas suami alu pegang, walaupon aku tak bagi, dia tetap amik jugak..
Tahun pertama hingga tahun ke empat, aku dengar je cakap dia, sampaikan dia ade orang lain pon aku dengarkan aje, walaupon kantoi sendiri dengan aku..
Tahun ke lima perkahwinan dia dah start mengunyit dengan cik pon sampai sanggup abaikan aku. mak mertua aku duk backup anak dia, walaupon terang2 ank dia salah..
tak cukup dengan tu, duk berkasih syg dgn perempuan lain, dia cakap semua psl aku kat pempuan tu, ckp aku tak boleh bagi anak la, aku ni malas la, takbekerja la.. sedangkan aku usaha keje untuk bantu dia
Aku bunting pelamin min, tapi nyawa ank aku tak panjang, lepas aku lahirkan anak aku, dia da jumpa allah dah.. tapi masa tu aku sedih sgt.. usaha lagi untuk dpt ank taun ke 3, tapi gugur min.. usaha lagi utk dapatkan zuriat.. dr taun ke 3 yang aku gugur sampai taun ke 6 aku usaha..
allah perkenan usaha dan doa aku..
alhamdulillah dapat rezeki anak perempuan.. dan lepas dpt ank, bekas suami aku buat lagi perangai dia. cakap bukan2 pasal aku..
cakap aku tak boleh bg anak la, itu la ini la.. macam2 dia buat.. kaki tangan semua aku dah rasa.. taun terakhir aku minn, aku da tak tahan sangat agaknya..
aku bergaduh besar dengan bekas suami aku min, sampaikan aku cakap mintak lepaskan aku.. badan aku dah tak kuat nak terima sepak terajang dr dia, kemudian dia cakap dia lepaskan aku ..
start dr malam tu aku tidur asing..
2 bulan lepas dari malam tu, aku tekad nak buat pengesahan kat mahkamah syariah.. failkan kes, bila mahkamah panggil, dia boleh cakap dia tak ingat ape yang dia cakap dengan aku malam tu..
Akhirnya keputusan. mahkamah, yang talak dia sebut tu sah. gugur la talak 1..
start dari tu, dia halau aku keluar dari rumah. hingga aku nak jumpa anak, nak video call dengan anak dia tak bagi aku buat macam tu.. tambah lagi mak dia duk cucuk2 anak dia.. lagi la susah aku nak tengok anak.. sekarang, aku failkan hak penjagaan utk ank aku.. dan aku tuntut segala hak aku ketika aku masih jadi isteri dia.. lagi dia marah min, sebab aku tuntut semuanya sekali..nasihat aku buat perempuan kat luar sana.. jangan jadi terlalu baik.. biarkan suami buat apa saja ke atas diri kamu.. suami yang baik takkan naik kaki tangan kat isteri..
isteri cerminan suami.. baik suami, baiklah isteri.. disebabkan kita terlalu bertahan, diri kita yang derita.. sayang diri sendiri dahulu.. ibu2 yang dianiaya suami, tolong bangkit dan bukak mata anda..
suami membiarkan kita buat seorang diri, suami juga ajar isteri,suami ajar isteri boleh buat semua seorang diri tanpa bantuan dari dia.. bila buat macam tu seolah2 kita tak perlu suami dah.. sebab kita buat semua sendiri.. usaha sendiri..
sayang diri korang dulu, anak tetap jumpa ayah dia, anak tetap sygkan ayah dia.. pikir diri sendiri dulu




