Salam. Aku nak share kisah aku supaya mana2 anak2 dara yg amik keputusan utk berkahwin lebih berhati2 selepas ini. Dan please jgn la terburu2 utk berkahwin pada usia muda. Dan sila selidik latar belakang bakal suami seteliti yg boleh. Aku sudah berkahwin lebih kurang 6 bulan dan sekarang sudah syukur alhamdulilah hamil 5 bulan. 3 mggu lepas aku telah dapati suami aku curang dgn seorang janda berumur 40 anak 2. Sedangkan umur aku 25. Umur suami aku 38 dan berkerjaya bagus dalam sektor kerajaan. Perkenalan dgn janda tersebut pada tahun lepas sebelum kami mengikat tali pertunangan lg.
Yang gilanya. Janda tersebut memberitahu bahawa status suami ku adalah duda anak 1 sejak mereka berkawan pada tahun lepas. Sedangkan aku sudah pun bercinta selama 3 tahun dgn suamiku dan suamiku mengaku bujang dengan ku. Perkara menjadi lebih unexpected apabila janda tersebut sanggup dtg ke rumah ku dan bertemu aku dan suami ku kerana janda tersebut rasa tertipu dengan status suami ku ketika berkenalan dgn nya.
Pada awalnya suami aku tidak mengaku bahawa dia telah curang. Sanggup bersumpah berulang kali mengatakan text telegram tersebut bukan antara dia dgn perempuan tersebut. Ia adalah perbualan text telegram antara kawan nya dan perempuan lain kerana konon nya kawan nya meminjam telefon ketika outstation. Yang kelakarnya suami sanggup layered kan profile contact boss sendiri dgn janda tersebut didalam telegram. Penulisan email pada janda itu juga gaya ayat skema suami ku. Tpi dia masih menidak kan. Hingga aku call janda tersebut dan dia sanggup dtg ke rumah ku utk clearkan segala penipuan dan kecurangan suamiku.
Lebih malang lagi. Kisah ku tak terhenti di situ. Setelah sehari Aku cuba utk reda kan marah ku pada suami ku pada ketika itu, ke esok kan nya suami aku confess bahawa dia bukan lah bujang sebenarnya.
Perasaan aku cukup hanyut dan gila mlm itu. Aku dgn bodohnya telah bercinta selama 3 tahun tanpa mengetahui yg dia sebenarnya suami org. Dalam confession nya. Suami telah berkahwin sebanyak 4 kali. Dan aku merupakan isteri ke empat. Perkahwinan kedua dan ketiga sudah bercerai. Bini pertama nya masih bersamanya. Dan dia suami ku mempunyai anak 4 org. 3 org anak dari perkahwinan pertama dan 1 org anak dari perkahwinan ketiga.
Pada saat itu. Dunia aku kabur. Sudahlah aku dicurangi suamiku dgn janda. Kemudian esoknya dpt tahu yg aku sebenarnya berkongsi kasih syg selama ini. Isteri pertama suami ku tidak tahu hal ini. Ye suami ku telah menipu statusnya ketika berkahwin dengan ku. Di pejabat agama negeri dia mengaku ketika pendaftaran bahawa dia bujang. Dan tak semua pejabat agama negeri akan detect status bujang dlm sistem mereka. Yg bodohnya aku kerana tidak check sendiri status dirinya nya sebelum berkahwin. Ketika kami bertunang tahun lepas, yg dtg cuma kawan2nya. Dia memberi alasan bahawa pakcik nya kemalangan jd tiada wakil. Mak aku tidak kisah kerana itu kerana kasihan kan suami ku ketika itu memandangkan keluarga jauh di negeri utara.
Ketika pernikahan kami, abahnya menjadi mangsa utk tetap hadir kenduri dan terpaksa mengiyakan segala perbuatan penipuan nya. Pernikahan kami sah cuma dari sudut perundangan jika terdapat aduan dibuat, dia akan dikenakan denda di atas penipuan status. Aku telah bawa suami ku bersemuka dgn keluarga ku mengenai permasaalahan ini. Hati siapa yang tidak remuk? Menantu yg cukup baik dan di sayangi keluargaku sebenarnya membuat penipuan terbesar dlm sejarah hidup kami sekeluarga.
Bukan mudah untuk mencari redha bagi berkongsi kasih setelah ditipu. Aku masih buntu. Kerana disebalik penipuan ini. Selama perkenalan dgn sepanjang perkahwinan dia cukup baik dlm agama dan cukup dlm memberi nafkah. Sepanjang perkenalan sebelum berkahwin tak pernah kantoi pun di dalam telefon berkenaan isteri pertamanya. Sumpah jikalau aku tahu dia bukan bujang di awal perkenalan. Tak akan aku teruskan perkenalan dgn dirinya. Anak2 nya juga masih bersekolah. Dan paling kecil baru 4 tahun.
Sedangkan isteri pertamanya yg berusia 47 tahun itu juga hanya tahu perkahwinan kedua dan ketiga selepas suaminya bercerai dgn perkahwinan2 tersebut. Apakah isteri pertamanya mampu menerima aku sebagai perkahwinan yg keempat suaminya? Aku pernah bertanya kpd suami ku, apa yg kau mahukan sebenarnya dalam hidup ini ketika kau kerap berkahwin dan cerai dan menipu sepanjang kehidupan
?
Dia berkata bahawa dia mengimpikan keluarga yg besar. Tpi isteri pertamanya cuma mampu beri 3 anak sahaja kerana isteri ada cyst yg tidak mampu dibuang lg. Dia memberi alasan bahawa batin nya terseksa dan dia adalah kategori suami yg batin nya terabai oleh isteri. Manakala perkahwinan yg kedua dia menjadi pak sanggup kerana itu cuma perkahwinan cuma kekal 3 bulan. Perkahwinan ke empat nya pula menolong janda, end up janda tersebut demand kos sara hidup yg tggi yg dia sendiri x mampu dan cuma bertahan selama setahun perkahwinan.
Bila berkahwin mengikut kehendak nafsu. Tiada yg kekal. Dan aku masih di sini meratapi takdir hidup aku ditipu dan dijadikan isteri kedua dlm sebuah penipuan terhebat. Ditinggal tinggalkan suami keseorangan dalam kesibukan dia menjadi ayah kepada anak2 yg lain dalam kesibukan dia menjadi suami kepada isteri yg lain. Bukan mudah menempuhi dugaan ini ketika sedang sarat mengandung ditambah pula emosi dan hormon yg tidak stabil dan memerlukan sepenuh perhatian disaat hamil anak sulung. Doa kan aku kuat.
Yang benar,
Mawar yang layu




