Tlg hide fb saya Saya berumur 27 tahun
Baru 5 bulan berkahwin Alhamdullilah atas izin Allah, isteri saya bunting pelamin
Nikah bulan 3. InshaAllah bulan 11 akan menimang cahaya mata. Isteri saya janda anak dua, anak ketiga dia adalah anak pertama dengn saya. Isteri doctor, saya pula cuma pekerja offshore yang berpangkat masih bawahan. Saya dan isteri beza banyak umur, saya 27 dia 37. Hidup dia cukup segala sebelum.jumpa saya, career , stability
Masalah saya skarang, untuk anak pertama isteri mahu beranak d andorra yang mana pasti lah untuk orang macm saya tak mampu. Isteri bilang tak apa pun kalau saa tak sumbang, berapa pun sumbang dia tak kesah katanya. Tp cara bercakap seperti tak suka, kata katanya buat saya sbg suami yang miskin dan tak mampu ni sedih dan berkecil hati. Dia kata malas nak ulas soal ni, orang bukan medikal takkan faham katanya bermakna saya tak boleh langsung terima pandangan mak atau kakak saya yang mmg ternyata orang kampung yang tak tahu soal medikal.
Persoalan saya di sini adakah saya suami yang zalim dan berdosa sekiranya saya miskin dan tak mampu. Adakah atas asbab suami.miskin isteri boleh mengeluarkan kata kata yang menyinggung hati suami ? Adakah saya suami yang tak berguna? Mohon ahli krt beri pandangan Terima kash




