Salam Admin. Tolong hide nama & status saya. Saya hantar message cuma nak meluahkan perasaan. Takde niat nak aibkan sesiapa dalam hal ni. Cuma kadang2 saya sunggul muram sedih sorang2 sebab cerita saya takde penyelesaian, setiap tahun benda yang sama terjadi, sampaikan saya da takde mood da nak Raya. Kalau boleh setiap kali saya nak berpisah dgn suami, lepas Raya sambung kahwin balik. Kahwin da almost 7 tahun. Suami dibesarkan keluarga berasal dari Kelantan di Shah Alam. Saya pulak orang Borneo.
Every year Raya sejak kahwin, akan beraya di Shah Alam& Kelantan. Raya ke 3 or 4 baru balik Sarawak. Kalau suami jenis discuss dengan saya , takpe lah. Ni setiap tahun dia discuss dgn mak dia, ikut cakap mak dia. Kalau boleh, every Raya dia nak anak2 dia berkumpul first day.
Dah tu, aku ni takde keluarga ke? Aku ni cuma layak berhari raya ke 4 je ke dgn family ku? Mak mentua aku pulak jenis apa yang dia cakap, suma suamiku dengar. Sbb tu suami ku anak kesayangan dia. Sbb dia je jenis dgr cakap. He can never say No to his mom.
Pendek kata, aku pun memang takkan menang lah kalau apa2 hal kalau mak dia masuk campur. Mak dia pernah remind kan aku tanggungjawab seorang anak lelaki adalah priority nye mak dia kedua pun masih jatuh mak dia ketiga masih jatuh mak dia. Dari situ aku da tahu aku takkan dapat berkata apa2 dlm apa jua hal. Tahun lepas, dugaan paling besar apa bila aku da mntak elok2 sblm raya, da bincang elok, nak minta izin first day Raya d Sarawak sebab anak aku da 3 tahun & 4 tahun 2 orang xpernah berhari raya pertama d rumah parents aku sendiri.
Tapi mak mentua mendesak first day tu jugak kne balik shah alam, mesti. Padahal kami da bincang elok, second day akan singgah ke Kelantan . Biar lah first day je kat Sarawak. Mak dia tak berhenti pujuk anak kesayangan dia, jadi on first day raya tahun lepas, pkul 4pm ncmtu, laki aku bawak balik jugak Shah Alam. Kononnye ade photoshoot raya malam tu.
Parents & family aku pujuk suruh balik hari raya kedua pun tak di endahkan juga.
Bila sampai je shah alam, aku pun hairan apa lah yang penting sgt balik malam ni. kami terus pergi diner di Taman Tun . Lepas diner balik rumah photoshoot guna handphone je sis. Bukannya photoshoot kat studio ke, aku pikir la apa penting sangat.
Besok nya kami balik Kelantan. Aku senyap je sharian. Tiba2 otw balik dr rmh atok ke hotel, suami tengking dalam kereta dia kata aku buat muka seharian d rmh atok dia, sampai dia malu dgn aku.
Aku xtahu nak ckp apa, sbb aku pelik, takkan aku nak happy kalau da dibuat mcmni setiap tahun. Dia terus provoke nak hantar aku ke airport. Dia tinggalkan aku di airport dgn 2 anak shelai sepinggang, tanpa duit or tiket balik rmh. Dia kata awak nak balik, pandai2 lah sendiri. Time tu la hati aku remuk, aku terus tengking dia aku cakap, ko kahwin elok2 kan, ko nak anta aku pun blk rmh mak ayah aku elok2.
Dalam ms yang sama, mak dia call mendesak srh amik anak first aku. Aku ingat lagi suami aku cakap takper biar dia bawak 2 anak balik rmh dia. Pendek kan cerita, tahun ni benda sama lagi terjadi, mak dia berjaya pujuk suamiku sekali lagi, first day Raya di Shah Alam kali ni. Admin, salah kah aku kalau aku bersedih sebab kan hal mcmni? Suami aku tak pernah nak memahami sbb bagi dia, seorang isteri kne dgr cakap suami.




