assalamualaikum admin.tolong hide fb saya ye. Saya dah berkahwin 2 tahun. Sebelum kahwin saya memang “bad girl” la .Hisap r0k0k , clubbing, s0sial life saya agak teruk jugak. Dapat suami alhmdulillah boleh terima kekurangan saya sebab dia pon tak ade la baik sangat. Cara dia jahat lain cuma tak adelah seteruk saya. Dia cuma nakal2 dengan kawan2 dia, main motor, lumba kereta, main mesin. Tapi semenjak kahwin kami memang berubah terus tak buat lagi semua tu.
Sebabnya kami buat bisnes sendiri di mana masa kami sentiasa berdua. Setakat ni boleh menanggung semua perbelanjaan kami dan pasal duit tak pernah jadi masalah. Boleh saving jugak untuk bakal anak2 kami nanti. Yang menjadi masalah sekarang, sikap kami masing yang ada tetinggal sikit perangai jahat tu. Macam suami suka tengok video luc4h saya pula suka mesej dengan lelaki2 dalam facebook sekadar untuk suka2 je tapi berselindungkan dengan facebook account lain.
Dalam Fb tu saya masih lagi badgirl saya tak boleh moveon la dengan dunia saya dulu pernah satu tahap saya macam nak lari dari rumah sebab tak sanggup nak hidup dalam 2 dunia yang lain. saya cuma nak mengadu perasaan saya dalam KRT , manalah tahu ada orang macam saya . Tapi ada ke atau saya sorang je dalam dunia macam ni ?. Terima kasih admin .