Assalamualaikum saya tak tahu nak b’cerita luahkan dekat siapa. Saya dah dua tahun lebih bernikah Dan alhamdulillah tahun lepas saya hamil sekarang usia kandungan nak masuk 8 bulan. Sepajang saya hamil suami tak pernah kisah, suami selalu sgt buat saya rasa down. Saya tak tahu kurang di mana saya ni alhamdulillah sepajang saya hamil banyak hal saya belajar. Saya bukan la orang yang senang seperti yang orang luar nampak. Saya risau sgt nak beranak pun tak ada duit dah pelbagai usaha cuba cari kerja ke sana sini tiada rezeki lagi. Setiap hari saya menagis sebab dah tak tertahan stress.
Saya sedih sangat dengan diri saya kenapa suami begitu kejam dengan saya. Suami pernah langgar lari saya Di hadapan rumah pada may 2018 sampai terseret habis perut dan kaki masuk icu saya yang uruskan diri sendiri dekat dua bulan saya terbaring di katil. Keluarga mmg tak bagi saya balik rumah takut suami pukul lagi. Tapi saya degil tetap balik rumah sendiri dan pilih untuk tinggal sepajang tempoh recover suami muncul dan kebiasaan minta maaf saya tarik report polis sebab fikir kalau suami ke dalam kesian.
Malam tahun baru kami bergaduh sebab parking, tapi nasib saya baik ada yang tolong sampai call bomba untuk selamatkan saya Di dalam kereta, bulan lepas usia kandungan 7 bulan suami stress sebab jalan jem dan car park card expired dia bawa saya ke office car park konon nak renew sebelum itu suami lempang kuat sangat 4x Dan pukul sayasaya tak melawan sebab risau baby dalam perut.. Suami turun kereta cakap dekat saya tunggu kejap nak renew card belum sempat saya nak buka pintu lari keluar suami lock pintu dekat 2jam saya dalam kereta berusaha nak keluar Mcm2 button tekan tak terbuka saya bunyi kan hon sampai orang officer car parking tu datang tolong Dan makin ramai datang membantu tetapi tak berjaya terpaksa call bomba.
Alhamdulillah dapat buka saya tinggalkn kereta di situ dan pergi ke balai polis utk laporan. Tetapi tiada sebarang tindakkan. Saya kecewa. Suami saya selalu sgt tipu Dan dia sgt baik dengan semua orang kecuali saya begitu teruk layanan. Suami sering cakap e tak cantik tak nak dah, sedangkan org lain cakap saya biasa saja tak gemok pun. Suami sgt berkira bab duit. Nafkah tak pernah d kasi. Saya menikah Dengan suami mas kawen Dan hantaran hanya Rm1k tetapi tak di bayar sehingga hari ini. Saya banyak maafkan perbuatan suami. Banyak bagi peluang. Saya tak pernah balas Dan tak ada niat nak buat apa yang suami buat dekat saya.
Suami saya curang bukan lima kali lebih berpuluh kali saya masih sabar. Suami kantoi di kelab malam saya masih boleh senyum Dan relax. Tidur dengan perempuan jangan cakap la sini sana perempuan yang WhatsApp gambar mereka. Dah dua kali saya ambil suami di rumah perempuan siap tolong suami agkt baju barang dia lagi. Saya mengandung ni suami tak balik rumah kerap sgt. Balik pun busuk mabuk bau rokok saya yang tolong suami bersihkan. Balik rumah subuh. Hanya saya Dan suami je tahu hal ini .
Depan keluarga saya dia baik sgt tapi dalam baik dia Cuba nak mgorat kakak saya dia pernah luahkan perasaan dekat kakak saya, dalam hp dia byk gambar kaka saya, bff, Dan perempuan lain. Dia burukn saya dekat kawan2 sampai la kawan saya nasihatkan Hati2 dengan laki kau sbb dia try aku. Saya tak faham kenapa dia pilih utk menikah dengan saya sedangkan dia tak berubah Dan hati dia byk. Hari ni 19 January 2019 ada perempuan DM di Instagram cakap yang saya ni ex gf je knp nak post gambar. Kecewa sungguh saya. Saya dah tak kuat nak hadapi masalah ni. Tolong la saya





January 21, 2019
satu je nak cakap — KAU BODOH.
Tak payah nak keluar ayat, “KORANG TAK MERASA SO TAK TAHU.” Ramai je lagi yang struggle macam ni tapi dapat lari and keluar then happy.