Ini kisah kawan saya.. minta tolong viralkan… dia perlukan sokongan.. trima ksih admin. Cerita ini bukan untuk mengaibkan atau memalukan mana mana pihak , cerita ini untuk di jadikan pengajaran. 25 Jun 2018
Hari yang sepatutnya aku hantar suami aku balik KL , setelah seminggu cuti beraya di Perlis. Masalah terjadi puncanya bila dia masuk campur hal rmh tangga aku. Suami aku sepatutnya balik ke KL jam 12.30 tghari , aku ambik keputusan minta cuti half day , sebab nak hantar suami balik , jadi sebelum balik memang aku dah plan nak bawak suami pergi makan nasi kandar fav dia kat kangar.
Dia mula bertanya kenapa aku tak masuk kerja , aku mengatakan nak hantar suami balik KL , Dia membantah dengan tindakkan aku ambik half day hantar suami , dengan mengatakan siapa nak bayar hutang kereta kalau aku tak masuk kerja , di sini berlaku perselisihan faham bila dia tak bagi aku hantar suami balik KL , Entah macamana mungkin dia geram , marah dengan tindakkan aku nak hantar suami. Jadi aku putuskan kalau dia asyik mrh2 , mengamuk tak tentu pasal aku buat keputusan ikut suami aku balik KL.
Dia tiba2 jadi marah , mengamuk tak tentu pasal dengan bertindak memukul aku , dengan menarik rambut , menghentak kepala aku ke pintu utama rumah. Suami aku masa tu sedang berada di luar rumah tengah dukung fiya lari mendapatkan aku sebab aku dah separuh matti kena hentak kepala. Suami aku cuba menghalang dari aku terus kena pukul , tak sengaja tertolak muka dia . Disini bermula la konflik antara aku , dia dengan suami. Puncanya dia tak benarkan aku ikut suami balik KL.
Konflik bermula , bila dia sendiri pergi buat report polis mengatakan suami aku pukul dia , sebaliknya dia tak cerita a-z waktu buat report. Dia tak nyatakan kenape pergaduhan ni bole berlaku , dia tak cita dekat polis yang dia pukul aku , semua permulaan pergaduhan dia tak cerita habis dekat polis. Bila polis ambik full statement aku sebagai saksi baru polis tahu yang aku ni 2 beradik , sebab polis nyatakan yang dia buat report yang aku satu satunya anak tunggal dlm keluarga tu.
Yang paling sedih polis datang ambik aku , suami dengan anak. Polis dari perlis ke KL dtg collect suami aku. Aku dengan anak ikut suami balik perlis dengan naik kereta polis. Bole byangkan tak anak aku baru berusia 10 bulan dah naik kereta polis. Sedihh gile wehhh sampai hati dia buat keluarga kecil aku macam ni. (lepas kejadian dia pukul aku , terus aku decide ikut suami balik KL , sebab aku dah tak tahan keep kena toucher dengan dia aku yang hari2 nampak buruk suami aku yang berbisnes.
Hari hari dia pertikai soal nafkah , sampaikan tahap mengajar aku minta cerai dari suami). Disebabkan ats report polis yang dibuat suami aku kena tahan reman 7 hari atas cas pukul dia. Kalau la waktu tu ada org yang record , ada cctv mmg mendapat la dia tu. Sah sah dia yang mulakan. Tak apa aku percaya nati kat akhirat cctv Allah lagi kuat dari dunia , mungkin dunia lepas sebab takde saksi yang kukuh. 7 hari suami kena reman , suami aku kena bicara di mahkamah , suami aku terpaksa mengaku salah ( bayar denda Rm500 ) jika tak mengaku salah , kami terpaksa ulang alik perlis – kl setiap bulan , sehingga selesai. Dalam masa yang sama suami aku kena cari lawyer untuk fight kes ni. Settle kes suami , kami bertiga balik KL sambung kehidupan macam biasa.
Sehari sebelum raya haji , hari selasa 22 Ogos 2018 tghari pukul 12 , diaorang datang rumah (aku positif mungkin datang nak tido kl sebab esok raya, nak beraya dengan cucu agaknya) jadinya aku pon buka la pintu rumah , time ni suami aku takde dekat rmh , ada customer. Elok aku buka pintu diaorang terus cakap , datang nak ambik fiya , ini surat perintah mahkamah , Aku time tu kelu wehhh sebab diaorg bawak 2 orang polis pegang senapang m16 , diaorg siap ckp jgn bertindak kalau taknak masuk penjara. Kau rasa ?
Meroyan aku diaorg bawak balik anak aku macam tu ja , atas alasan perintah mahkamah dah keluar sebab suami aku ni bekas penjenayah (kes pukul dia) sebab tula senang2 mahkamah bole keluar kan perintah. Lagi 1 diaorg sanggup hire lawyer swasta untuk buka kes yang beribu ni. Bermula la kisah aku konflik hubungan aku dengan diaorg. Bila jadi hal mahkamah kau rasa akan ada lagi ke rasa hormat bila diaorg sendiri saman anak ? Dalam statement saman banyak point palsu yang diaorg isukan antaranya suami aku tak bole sara aku dengan anak , sebab bisnes.
Dituduhnya suami aku pemalas, tiada gaji tetap, bisnes tiada masa depan.. Di tuduhnya aku banyak hutang ? Hutang kereta , motor. Hutang dengan bank , bukan dengan along. So alasan diaorg yang paling kukuh ambik fiya sebab suami aku tu ada kes jenayah (tuduhan memukulnya) itu yang diaorg bole failkan hak jagaan atas fiya. Yang aku pelik skrg ni , mahkamah failkan atas suami aku , tapi aku sebagai mak sepatutnya layak jaga anak aku. Dan aku tiada apa2 masalah untuk dapatkan hak jagaan anak. Diaorg tak de cas apa2 pon statement ats aku.
Memang aku pelik macamana mahkamah bole jatuhkan hak penjagaan kepada diorang? Bukan pada aku, emak yang tiada masalah atau pon mertua aku yang sememangnya waris anak itu.. cannot brain! Dari sini la kami start ulang alik KL – perlis untuk balik ambik fiya selama seminggu , dalam 1 bulan kami hanya dapat 1 minggu bermlm dengan fiya. (Kami dapat pas lawatan , sebab untuk lawan kes perlukan




