Ada timbul rasa kurang senang terhadap kelakuan isteri, bila ditegur isteri tak boleh nak terima. Akhirnya, berbulan2 suami pula tak diendahkan dan dipedulikan. Baik dari zahir mahu juga batin. Bila si suami menerima kekurangan isteri, si isteri pula sibuk mengira brp byk kekurangan dan kesilapan suami. Bila si anak2 diminta rujuk pada si isteri sblm dibuat keputusan, si isteri pula ambik tindakan dan keputusan sendiri dlm setiap urusan tanpa dirujuk pada suami. Si suami diamkan sebab merestui keputusan isteri. Kemudian si isteri pula ungkit suami yang tidak memainkan peranan sendiri.
Bila ada masalah dan selisih faham ajak berbincang cara baik cara lembut dan perlahan dibalas pula dengan ungkitan dan volume suara yang tinggi sampai kedengaran oleh anak2 dan mungkin juga jiran-jiran. Bila suasana dah makin panas, akan “drag” kan anak-anak yang masih tidak faham apa2 ke dlm pertingkahan suami-isteri. Anak2 pula akan fikir si ayah yang sedang memarahi ibunya. Khuatir pula timbul kebencian si anak2 pada ayahnya nnt. Pada siapa suami nak mengadu barangkali? Di adukan pada pihak kaunseling, perubahan hya sementara.
Hendak diadu pada ibubapa/mertua segan dikatakan nnt tidak pandai mendidik isteri dan anak2. Nak di ceritakan pada kawan2, malu nnt jika jadi bahan ketawa. Nak luahkan pada kawan berlainan jantina, khuatir akan disalah tafsir dan terpesong arah dan dituduh curang. Ya, hanya pada Allah sahaja tempat aku mengadu. Tapi tanpa usaha takkan dapat juga untuk capai pada penyelesaian. Apakah yang harus dilakukan? Adakah penyelesaian hanya boleh berakhir sahaja di mahkamah? Perasaan masih sayang. Delima si suami..




