Salam admin..tolong share ye..cuma nak meluah je. Sejak bulan 8 hari tu suami aku selalu dapat messenger dari isteri kawan baik die..aku gelar perempuan tu z la ye sebab nama die bermula huruf z. Cerita die macam ni. bulan 8 hari tu aku ada dapat duit 5k , mak aku bayar duit yang mak aku pinjam untuk buat bisnes die. So dengan duit tu aku bawak anak2 dan suami jalan2 dan makan2. aku full time housewife. bila da dapat duit selonggok banyak macam tu mesti la nak buat macam2 kan. lagi2 kami jarang keluar bersama atas faktor masa kerja suami yang jarang ada cuti..
Kami da kawin 5 tahun ada 3 orang anak. si z tu pun da kawin ade 2 orang anak. suami die meniaga sendiri , si z ni bantu2 suami dia je kat kedai tu. Sebelum perkahwinan aku genap 5 tahun. kami hidup cukup2 makan je. kadang2 terpaksa jugak mengemis pinjam duit kat kawan2 dan family. Dan masa tu takde sorang pun kawan2 suami atau si z tu mesej suami tanya khabar. susah suami aku , family dengan kawan tempat kerja die je yang ada. si z ni isteri kawan baik suami dekat kampung. boleh cakap time suami susah hanya aku je la orang yang selalu ada dengan die , kawan2 tempat kerja orang ke2 yang ada bila suami susah dan family orang ketiga sebab kami taknak family tau yang kami tengah susah..
Hidup kami selalu berhutang dengan kawan2. bile dapat gaji kami bayar balik tapi bila tak cukup pinjam semula dan begitu hari2 seterusnye. tapi alhamdulillah kehidupan kami berubah sejak anak kami yang no 3 lahir bulan 5 hari tu. rezeki dari segi duit masuk tak putus2. kami dapat duit claim hospital dari company suami sejak dari mula aku sakit nak bersalin, baby masuk nicu seminggu sampai baby boleh balik. Mula2 aku nak rasa bersalin dekat swasta dan bulan2 tolak gaji suami. di sebabkan masa tu baby tak cukup bulan dan kecik 1.3kg je jadi swasta taknak terima dan tolak kes aku dekat hospital gov. dekat situ da boleh jimat duit company dari bayar ribu2. bila bersalin dekat gov kami boleh claim sehari rm100. aku dengan baby duduk hospital seminggu kami dapat claim rm1000.
Hari demi hari kehidupan kami bertambah baik. rezeki duit sentiasa ada. gaji suami naik dua kali bulan 9 dan 11 hari tu. dan start bulan 8 yang aku dapat 5k tu kami hari2 makan luar. aku tak masuk dapur masak da berapa bulan da. suami bagi aku cuti masak sampai hujung bulan 12 ni. start tahun depan kena masak semula. alhamdulillah suami bagi kelonggaran dan bonus sebab selama ni sanggup susah dengan die. bila da senang die bagi pulak kesenangan dekat aku. Duit nafkah yang dulu kadang ada kadang tidak sekarang dapat 4x ganda. Kalau dulu dapat 100 sebulan sekarang dapat 500 ke 1000 sebulan. betul la orang kata 5tahun pertama kita akan diuji dengan masalah kewangan. selepas 5 tahun Allah bukak pintu rezeki sedikit demi sedikit. yang penting sabar.
Nak dijadikan cerita atas silap kami jugak sebab tayang kesenagan dekat socmed sorang2 kawan baik suami yang tak ada masa susah dulu datang termasuk la si z tu. bulan 8 hari tu die mesej suami kat fb mintak pinjam rm200 katanye nk bayar sewa. tuan rumah da bising duit sewa lambat bayar. dan die janji nak bayar balik lagi 2 hari tapi tak bayar2 lepas seminggu die mesej lagi suami kat fb mintak pinjam rm600 katanye urgent. tapi suami tak bagi sebab dalam acc suami ade 400 je masa tu. Tapi die mintak jugak pinjam 200. sebab nampak macam terdesak suami bagi memikirkan die isteri kawan baik dekat kampung tapi si z tak bagi suami cerita dekat kawan die. dengan janji yang sama die cakap nak bayar bile dapat duit dari ayah die. Tapi sampai sekarang masih tak bayar..
Dan 3 hari lepas si z mesej suami dekat fb mintak nombor handphone. Suami pun bagi (terlalu baik sangat dengan kawan2 laki aku ni). bila da dapat nombor die terus wasap. bagitau ada masalah dengan suami die. suami die pun ada update status dekat fb “dengan cinta sahaja tak cukup untuk hidup” dan last ayat ada berbunyi macam masalah kewangan jugak. Suami aku cakap sebelum ni si z panggil suami aku dengan panggilan yang suami die selalu panggil contohnye kawan suami aku panggil suami aku botak dan si z pun panggil suami aku botak. Tapi masa yang si z mintak nombor die panggil suami aku dengan panggilan manja yang mertua dan ipar aku panggil.
Suami aku cakap tu first time si z panggil dengan panggilan manja tu. dan aku sebagai isteri automatik dapat rasa sesuatu. tapi aku taknak fikir bukan2 sebab die masih isteri orang..cume ape yang aku takut kalau suami si z dapat tau pasal hal ni ape pulak yang die akan fikir pasal suami aku. aku ade nasihat suami supaya tak layan si z lagi. Dorang ade masalah rumahtangga tapi kenapa si z cari suami aku untuk cerita. aku tertanya2 jugak..suami aku jenis jujur ape saja yg die buat atau sape je yang mesej die memang die akan cerita.. Sekarang ni aku kalau boleh taknak suami aku terlibat dalam masalah dorang..kalau boleh jugak aku taknak da suami aku tolong si z dari segi duit. macam mana ye nk buat?




