salam admin..saya ada terbaca post admin pasal baru kahwin 7 bulan..suami still bz chatt menggatal lucah dengan betine lain. saya nak komen tak berani takut identiti terdedah disebabkan ramai yang like page ni..so saya nak kongsikan pengalaman saya mcam kes ni jugak.
Di awal perkahwinan suami saya dah kantoi terlalu banyak chatt dengan betine2 lain. saya always maafkan dia, setiap apa yang berlaku pasal orang ketiga pasti dia beri alasan sebab sikap saya teruk. Saya terima dan always maafkan dia walau pun berkali kali dia kantoi msg dengan betine lain..
kalaulah sebab dia kata sikap saya ni teruk adalah penyebabnya. kenapa sblom kami kahwin dia dah pasang betine lain. tu pun lepas saya tahu lepas kami berkahwin yang dia kaki betine. so apa kena mengena perangai saya teruk kalau sebelom kahwin pun dia dah pasang orang lain? buat apa dia kahwin dengan saya? saya rasa semua ni alasan. kadang2 sampai satu tahap selalu gaduh pasal betine dia boleh bagi alasan. SAJA JE DIA LAYAN BETINE LAIN.
Betullah orang cakap kesabaran isteri ada hadnya. selepas bertahun tahun kahwin still tak berubah. akhirnya saya jadi tawar hati. terlampau tawar hati. saya dah tak ambil tahu hal suami saya. dia nak pergi mana. nak buat apa. nak chatt dengan betine mana. saya dah tak call or msg suami. walaupun dia ada kerja luar. saya dah stop ambil tahu pasal dia. saya cuma tawakal pada Allah apa nak jadi..jadilah.
saya banyak habis masa kat game dan tetiba jumpe seseorang yang caring pasal saya. kami sama2 suka. tapi kami pendam perasaan. dan kami tak pernah jumpa. Kami hanya di chatt sahaja. sebelom ni saya adalah wanita paling tak suka chatting bagi saya chatting or msg panjang2 ni buang masa. tapi saya belajar dari suami. sebenarnya lepas suka pada seseorang membuatkan kita lupa pada suami. membuatkan kita tak kisah sama ada suami ada di sisi ke tak. Kiranya ubat untuk lepas kan masalah ada. boleh happy dengan orang lain..
so sekarang ni baru saya tahu rupanya macam ni lah perasaan suami saya di masa dia menduakan saya sebab setiap kali bergaduh dia langsumg tak ingat dan tak kisah pasal saya. Sekarang saya dpat rasa perasaan menduakan. rasa semua beban yang saya tanggung selama ini. dah hilang. disbbkan perasaan kasih sayag dah terbahagi dua. lama kelamaan suami perasan dengan perubahan sikap saya.. saya dah tak macam dulu. wife yang selalu menyibuk pasal dia. wife yang selalu call pada dia. wife yang selalu msg dia. sekarang dah tak ade semua tu…
kemudian suami saya start ambil tahu pasal saya. time saya keje kekadang dia call. dia msg. kadang2 dia marah sebab cemburu. boleh kata dia kawal saya semula. makin lama sikap dia berubah. sampai 1 masa saya kantoi ada lelaki msg saya tengah malam dan masa tu gaduh besar. lepas seminggu kami berbaik sema dan berjanji takkan buat lagu benda tu semua.. now sekarang saya dah nampak perubahan suami. dan kami masing2 cuba untuk memperbaiki kelemahan masing2 walaupun tidaklah sempurna.




