Assalamualaikum admin. Tolong hide profile saya. Saya nak minta pendapat semua, saya isteri kedua, baru kahwin 3 tahun lebih. isteri pertama suami tak tahu, kami kahwin senyap-senyap. sebelum berkahwin dgn suami, saya adalah seorg janda. bercerai dgn bekas suami kerana bekas suami panas baran, selalu maki hamun dan tak bagi nafkah. memandangkan saya ada kerjaya sendiri, dia lepas tanggungjawab dia. saya menjanda beberapa tahun. serik nak kahwin lain. byk kali saya mengelak dari suami skrg, sebab saya tahu dia suami org. tapi dia tetap yakinkan saya yg dia akan bahagiakan saya.
saya dah lama kenal dia. kami kawan sekampung dulu. tapi sejak saya kahwin dgn suami pertama, saya pindah duduk negeri lain. saya jarang balik kg sebab suami pertama tak bagi. jadi, saya memang tak tahu pasal kisah suami saya skrg ni. sebelum kahwin dgn suami skrg, saya minta dia bagi masa utk saya fikir. dlm masa tu saya sebenarnya siasat siapa dia sebenarnya, kehidupan dia dgn isteri nak anak-anak dia. saya tak nak dengar dari mulut dia sebab pada saya mesti dia akan cerita yg baik-baik je pasal dia. siasat punya siasat akhirnya saya dapat tahu yang dia kena kontrol dengan wife dia semua harta dia wife dia minta tukar ke nama wife dia alasan sebagai satu jaminan yang suami dia takkan tinggalkan dia. Banyak jugaklah cerita yg saya dengar, memang sedih sgt dgn kisah hidup suami.
Akhirnya saya setuju dgn syarat perkahwinan kami dirahsiakan dari semua org. kami akhirnya nikah. kami pjj sebab saya tak nak tukar tempat kerja alhamdulillah, kami bahagia. dia pulak tak pernah abaikan tanggungjawab pada anak-anak dan isteri pertama. kami berjumpa sebulan sekali atau dua kali aje. tapi kami bahagia sgt. jiwa kami tenang sgt sebab sebelum ni kami sama-sama tak rasa keserasian bila bersama pasangan kamimasalah saya sekarang, wife suami syak yg suami curang dgn dia.
Suami call tadi bgtau wife dia mengamuk sebab perempuan yg wife suami syak tu call dia tanya kenapa kacau dia..Bila suami siasat rupanya wife dia ada kacau perempuan tu, hantar status yg bukan-bukan. Perli-perli dan ugut nak bgtau suami perempuan kononnya perempuan tu ada skandal dgn suami dia. Perempuan tu call lah wife suami tapi wife suami tak boleh terima..Kesian dgn perempuan tu, tak pasal kena serang dgn wife suami.. Suami cakap wife dia tu cemburu yg amat. Sebelum ni wife suami pernah serang sepupu suami sebab sepupu tu selalu tanya khabar. Macam mana saya nak buat skrg ni? Kesian kat suami. Dia pun dah buntu. Wife dia tu langsung tak nak percaya cakap dia.Tolong bagi pendapat.. Terima kasih..




